web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden Tarik Diri, Sokong Harris Sebagai Calon

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2024 12:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON/ ANKARA - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya presiden As dan menyokong Naib Presidennya Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat.

"Adalah satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai Presiden anda.

"Walaupun saya berniat untuk bertanding semula, saya percaya adalah demi kepentingan parti dan negara untuk saya mengundurkan diri dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas sebagai Presiden bagi baki penggal saya," kata Biden dalam satu kenyataan di platform X.

Biden menyatakan sokongan penuh kepada Harris untuk menggantikan beliau sebagai calon presiden dalam pilihan raya akan datang yang akan diadakan pada 5 November, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Demokrat, sudah tiba masanya untuk bersatu dan mengalankan Trump. Mari kita lakukan ini," katanya.

Biden berkata beliau akan berucap kepada negara minggu ini dengan menjelaskan lebih terperinci mengenai keputusannya.

Pencalonannya menjadi tumpuan berikutan prestasi hambarnya ketika menentang bekas Presiden Donald Trump dalam debat presiden akhir bulan lalu.

Trump menerima pencalonan presiden Republikan pada Khamis di Konvensyen Nasional Republikan (RNC) di Milwaukee, Wisconsin, di tengah-tengah desakan hebat agar Biden menarik diri daripada perlumbaan.

Sementara itu, Harris dalam satu kenyataan berkata beliau berbesar hati menerima sokongan Biden dan hasratnya adalah untuk memperoleh dan memenangi pencalonan ini.

"Sepanjang tahun lalu, saya telah mengembara ke seluruh negara, bercakap dengan rakyat Amerika mengenai pilihan yang jelas dalam pilihan raya bersejarah ini.

"Itulah yang akan saya terus lakukan dalam hari-hari dan minggu-minggu akan datang. Saya akan melakukan segala yang saya mampu untuk menyatukan Parti Demokrat dan menyatukan negara kita bagi mengalahkan Donald Trump dan agenda ekstrem Projek 2025 beliau," katanya.

"Kita mempunyai 107 hari sebelum menjelang Hari Pilihan Raya. Bersama-sama, kita akan berjuang. Dan bersama-sama, kita akan menang," tulis Harris.

Menurut CNN memetik sumber, rancangan untuk Biden menarik diri daripada pilihan raya Presiden telah diputuskan pada malam Salbtu dan dimuktamadkan pada Ahad.

Biden masih dalam pemulihan daripada diagnosis COVID-19, dan berehat di kediamannya di Rehoboth Beach, Delaware. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 tahun yang lalu

Naib Presiden AS Harris Mulakan Lawatan Ke Asia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar