web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naib Presiden AS Harris Mulakan Lawatan Ke Asia

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 10:13AM

Harris melambai setelah sampai di Pangkalan Udara Paya Lebar, Singapura semalam. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris memulakan lawatan ke Asia di mana beliau akan memberi jaminan tentang komitmen negara itu kepada wilayah itu selepas penarikan pasukan tenteranya yang huru-hara daripada Afghanistan dan penawanan negara itu oleh Taliban.

Puak pelampau Islam itu kembali ke tampuk pimpinan Afghanistan minggu lalu dan adegan ribuan yang terdesak untuk melarikan diri telah menyelubungi status AS sebagai kuasa besar dunia.

Dalam lawatannya yang termasuk persinggahan ke Vietnam dan Singapura, Harris akan berusaha untuk mengatasi kebimbangan tentang kebergantungan AS.

Lawatan Harris, seorang warga Asia-Amerika di mana ibunya berasal daripada India, ke Vietnam telah menimbulkan kritikan, dengan beberapa pihak menuduh Harris tidak peka kerana mengunjungi negara komunis itu dengan pasukan tentera AS bergelut untuk memindahkan rakyat Amerika dan warga asing lain bersama sekutu Afghan daripada Lapangan Terbang Kabul.

Krisis itu telah membawa kepada perbandingan dengan trauma 1975 Saigon, di mana helikopter memindahkan warga AS daripada bumbung kedutaan negara itu, dengan kemaraan tentera Viet Cong.

Pegawai AS berkata lawatan ini sudah lama dirancang sebelum situasi di Afghanistan melarat, namun begitu menegaskan yang Harris akan mengutamakan matlamat Washington yang lebih luas di Asia.

Di waktu China sedang mencabar pengaruh dan keunggulan tentera laut AS di wilayah Indo-Pasifik, Asia Tenggara kekal “penting secara strategik dan ekonomi kepada AS”, kata seorang pegawai Rumah Putih yang meminta untuk tidak dinamakan.

Wilayah yang terdiri daripada 10 negara itu menjadi medan tempur untuk perebutan kuasa di antara AS dan China, dengan Washington berulang kali mengkritik tuntutan Beijing kepada hampir keseluruhan kawasan Laut China Selatan.

Empat negara Asia Tenggara - Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam - termasuk juga Taiwan mempunyai tuntutan yang bertindih dengan Beijing di kawasan lautan itu, tempat laluan perkapalan utama dunia.

Harris sampai di Singapura semalam dan akan berjumpa dengan presiden dan perdana menteri negara itu hari ini.

Beliau juga akan singgah di Pangkalan Tentera Laut Changi, di mana akan berucap kepada kelasi AS di atas kapal USS Tulsa.

Harris akan ke Hanoi pada Selasa, dan akan menjadi naib presiden AS yang pertama melawat Vietnam.

Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan kerajaan, menghadiri pembukaan pejabat serantau Asia Tenggara Pusat Kawalan Penyakit AS (CDC), dan bertemu dengan wakil masyarakat sivil di negara komunis itu.

Beliau juga akan menyertai perjumpaan secara maya pegawai-pegawai Asia Tenggara yang akan memberi perhatian terhadap penularan wabak coronavirus. - AFP

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

3

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad