web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Bakal Buka Semula Phuket Pada Pelancong Yang Sudah Divaksin

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 7:53PM

Di bawah skim "Phuket Sandbox", pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK -Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.

 Di bawah skim "Phuket Sandbox", pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin. Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain. 

"Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA)," kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.

Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan kabinet pada Selasa.

Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn berkata Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin. 

“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi. Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.

TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.

Dalam 24 jam lalu, Thailand mencatat 2,631 kes baharu COVID-19 dan 31 korban, menambah jumlah keseluruhan jangkitan kepada 171,979 dan 1,177 kematian.

Daripada kes baharu, penolong jurucakap CCSA Dr Apisamai Srirangsan berkata 2,580 adalah jangkitan tempatan dan 51 kes import termasuk enam yang tiba dari Malaysia.

Menurutnya, kes kematian baharu pula melibatkan 16 lelaki dan 15 wanita berusia antara 17 hingga 97 tahun termasuk 20 di Bangkok, empat di Samut Prakan, dua di Chiang Mai.

"Pihak berkuasa kesihatan mengesan dua kluster baharu COVID-19 di Bangkok menambah kluster aktif di ibu negara kepada 52 setakat ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad