web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Joseph Schooling Bersara Dari Sukan Renang

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 5:51PM

gambar Instagram Joseph Schooling

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Singapura, Joseph Schooling telah mengumumkan persaraan beliau daripada sukan renang kompetitif pada Selasa.

Schooling yang mencipta sejarah untuk republik itu dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu ketika Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.

"Saya sentiasa bersyukur untuk setiap pengalaman yang telah dibawa dalam sukan renang dalam hidup saya. Kemenangan itu mengujakan, kekalahan mengecewakan dan semua itu telah membentuk ketahanan dalam diri saya yang akan saya bawa ke bab seterusnya," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Schooling berkata, beliau tidak sabar untuk meneroka minat baharu dan menghadapi cabaran baharu dalam fasa seterusnya dalam hidup beliau.

"Terima kasih kepada penyokong saya kerana menyokong saya pada setiap langkah. Saya harap anda akan menyertai saya ketika saya memulakan pengembaraan baharu ini," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad