web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 8:19AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerimaan Resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera konflik Israel-Hamas, dialu-alukan banyak negara di seluruh dunia.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata, beliau mengalu-alukan penerimaan Majlis Keselamatan PBB terhadap resolusi yang meminta gencatan senjata segera di Gaza, dan melepaskan kesemua tawanan tanpa syarat dengan segera.

"Pelaksanaan resolusi ini penting untuk melindungi kesemua orang awam," kata beliau dalam hantaran di laman X.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez yang juga membuat hantaran di X, menzahirkan sokongannya dan berkata, ia selari dengan pendirian Sepanyol sejak permulaan konflik itu.

"Pelaksanaan dua negara, Israel dan Palestin yang hidup berjiran dalam keadaan aman dan selamat adalah satu-satunya penyelesaian realistik dan berdaya maju untuk rantau itu," katanya.

Duta Perancis ke PBB Nicolas de Riviere menekankan kepentingan penerimaan Resolusi 2728, membangkitkan keupayaan Majlis Keselamatan untuk bertindak tegas apabila kesemua ahlinya melaksanakan mandat mereka.

Beliau menggariskan keperluan tindakan segera Majlis Keselamatan untuk memecah kebuntuannya dalam situasi di Gaza dan menekankan betapa pentingnya majlis itu terlibat secara aktif dalam usaha untuk mencari satu penyelesaian kepada konflik itu.

Tambahan pula, beliau berkata, terdapat keperluan berterusan untuk usaha mendapatkan gencatan senjata yang dapat bertahan lama dan menghidupkan semula proses politik ke arah penyelesaian dua negara.

Wakil Algeria ke PBB, Amar Bendjama, yang mengundi menyokong resolusi itu berkata, akhirnya Majlis Keselamatan PBB memikul tanggungjawabnya sebagai organ penting bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli majlis di atas kefleksibelan mereka dan pendekatan membina yang membenarkan kami untuk menerima resolusi yang amat ditunggu-tunggu ini.

Satu resolusi yang menggesa supaya satu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk menamatkan pembunuhan beramai- ramai yang malangnya masih berterusan sejak lima bulan lalu. Keadaan bermandi darah in telah berlaku terlalu lama," katanya.

Duta Rusia ke PBB, Vasily Alekseyevich Nebenzya berkata, Moscow berharap resolusi ini akan digunakan untuk kepentingan kedamaian daripada meneruskan operasi ketenteraan Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap warga Palestin.

Beliau berkata, Rusia lebih menyukai gencatan senjata dalam Ramadan ini akan membawa kepada gencatan senjata yang kekal.

"Kami kecewa kerana ini tidak dapat diluluskan. Bagaimanapun, kami percaya mengundi resolusi ini penting untuk keamanan. Majlis perlu teruskan usaha untuk mencapai satu gencatan senjata kekal," katanya.

Majlis Keselamatan PBB pada Isnin meluluskan satu resolusi meminta satu gencatan senjata di Gaza semasa bulan Ramadan yang bermula dari 11 Mac dan dijangka berakhir pada 9 April.

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, dibentangkan 10 anggota majlis yang dipilih, sementara Amerika Syarikat berkecuali dalam undian itu.

Serangan tentera Israel ke atas wilayah Palestin sejak 7 Oktober lalu mengorbankan lebih daripada 32,333 warga Palestin dan lebih 74,694 cedera, selain daripada kemusnahan penempatan dan infrastruktur berskala besar dan kekurangan barangan keperluan yang meruncing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jawatankuasa PBB Gagal Capai Kata Sepakat Terhadap Permohonan Keahlian Palestin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad