web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Kongsi Pandangan Dengan Pelajar Kolej Al-Taqwa Ke arah Mencapai Perubahan Positif

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 12:10PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada perasmian Kompleks Sukan Al-Taqwa hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke Australia pada Isnin dengan berkongsi pandangan bersama penuntut Kolej Al-Taqwa di sini mengenai kepentingan ilmu, kebijaksanaan, nilai-nilai murni dan tingkah laku beretika ke arah mencapai perubahan positif.

Beliau berkata, perkara itu bermula dengan diri sendiri, selain berpegang teguh kepada ajaran Islam yang menganjurkan pembangunan peribadi dan kekuatan moral sebagai antara langkah ke arah transformasi masyarakat yang lebih luas.

"Berikan kredit kepada idealisme anda terhadap penindasan, rasuah dan salah guna kuasa. Anda mahukan lebih banyak keadilan dan belas kasihan, selain ingin menghentikan ketidaksamaan," katanya ketika melawat dan melancarkan Kompleks Sukan Kolej Al-Taqwa di Truganina di sini.

Anwar, yang terkenal dengan gaya kepimpinan penuh prihatin dan bertimbang rasa beliau berkata, adalah penting bagi pemimpin Islam untuk menunjukkan teladan dari segi keadilan, toleransi serta rasa hormat bagi mewakili identiti mereka.

Beliau turut menasihati generasi muda supaya memulakan perjalanan ke arah memajukan diri sendiri dan menimba ilmu sebagai asas kepimpinan yang berkesan.

Beliau turut menekankan kepentingan mengekalkan perwatakan baik dan nilai-nilai mulia yang penting dalam usaha memerangi gejala rasuah serta salah guna kuasa.

Anwar dalam ucapan beliau turut menyentuh isu antarabangsa termasuk konflik di Palestin dan mengutuk kemunafikan respons masyarakat antarabangsa terhadap krisis itu.
Beliau juga mengulangi pendirian Malaysia yang memperjuang keamanan dan keadilan sejagat.

Ucapan Perdana Menteri memberi inspirasi kepada penuntut Kolej Al-Taqwa untuk terus menimba ilmu, menjaga disiplin serta menjiwai prinsip keamanan, keselamatan dan keadilan. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad