web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Tiba Di Melbourne Untuk Lawatan Rasmi Ke Australia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:07AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersalaman dengan tetamu setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne Jet Base. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Melbourne pada Ahad malam untuk memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Australia atas jemputan rakan sejawatnya Perdana Menteri, Anthony Albanese.

Pesawat khas yang membawa Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne Jet Base kira-kira 10.40 malam waktu tempatan atau 7.40 malam waktu Malaysia.

Semasa lawatannya, Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN- Australia dari 5 hingga 6 Mac.

Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Malaysia dan Australia akan mempertimbangkan langkah-langkah untuk meningkatkan spektrum kerjasama yang luas, disokong oleh rangka kerja Perkongsian Strategik Komprehensif termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, ekonomi digutal dan keselamatan siber.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia, dengan ASEAN dan Australia akan mengkaji semula situasi kerjasama semasa dan membincangkan penambahbaikan kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk peralihan tenaga, pembangunan modal insan, integrasi ekonomi, kesalinghubungan dan kerjasama maritim.

Sidang Kemuncak Khas itu dijangka menerima pakai Pernyataan Visi Pemimpin ASEAN-Australia dan Deklarasi Melbourne, sebagai dokumen panduan untuk memajukan lagi hala tuju strategik perkongsian ASEAN-Australia.

"Penyertaan Malaysia di ALM dan Sidang Kemuncak Khas itu mencerminkan komitmen yang kuat untuk mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Australia di bawah rangka kerja Perkongsian Strategik Komprehensif, menerusi platform dua hala atau multilateral," kata Wisma Putra.

Sementara di Melbourne, Anwar dijadualkan merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa, menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri, mengadakan perjumpaan perniagaan seorang ke seorang dengan pelabur berpotensi, menyampaikan ucaptama di Invest ASEAN Melbourne 2024 dan menjadi hos dalam majlis makan malam untuk diaspora Malaysia.

Di Canberra, Anwar juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Jeneral Australia, David Hurley dan menyampaikan syarahan umum di Australian National University di sana. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

4

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran