web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan Masuk Ke Gaza Merosot 50 Peratus Bulan Ini - UNRWA

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 9:06PM

Antara halangan kepada penghantaran bantuan adalah kerana kurangnya keazaman politik dan penutupan lintasan sempadan secara berkala - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza pada bulan ini berkurangan sebanyak 50 peratus berbanding Januari, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

"Bantuan sepatutnya meningkat bukan berkurangan untuk menangani keperluan besar dua juta rakyat Palestin dalam keadaan kehidupan yang sangat terdesak," kata Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini di X pada Isnin.

Beliau berkata antara halangan kepada penghantaran bantuan adalah kerana kurangnya keazaman politik, penutupan lintasan sempadan secara berkala, kekurangan keselamatan disebabkan oleh operasi ketenteraan dan ketenteraman awam terjejas.

Beliau berkata gencatan senjata serta "menarik balik kepungan untuk membolehkan bantuan menyelamatkan nyawa dan bekalan komersial yang bermakna sepatutnya sudah lama dilakukan."

UNRWA dalam kemas kini situasi terkini berkata secara purata hampir 98 trak memasuki wilayah terkepung itu setiap hari pada bulan ini - jauh di bawah sasaran 500 setiap hari.

Agensi itu juga melaporkan bahawa operasi darat dan pertempuran sengit berterusan di seluruh Semenanjung Gaza, terutamanya di utara Gaza, Deir al Balah dan Khan Younis.

"Serangan udara yang meningkat di Rafah, termasuk di kawasan perumahan tanpa amaran telah meningkatkan kebimbangan bahawa ia akan menyukarkan operasi kemanusiaan kerana sumber yang terhad.

"Hampir 1.5 juta orang berada di Rafah, lebih enam kali ganda penduduk sebelum 7 Oktober lepas," katanya.

Sementara itu, Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) pada Isnin melaporkan bahawa bayi-bayi baru lahir di Gaza meninggal dunia kerana ibu mereka tidak dapat menjalani pemeriksaan pranatal atau selepas bersalin manakala pengeboman dan kebimbangan menyebabkan kelahiran pramatang.

Agensi itu berkata hospital bersalin Al Helal Al Emirati di Rafah, satu daripada beberapa hospital yang masih berfungsi di wilayah berkenaan hanya mempunyai lima katil untuk ibu bersalin.

Menurut agensi itu, walaupun kekurangan bekalan asas seperti cadar, kemudahan itu baru-baru ini menerima 78 kelahiran bayi dalam satu malam sahaja.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas membunuh sekurang-kurangnya 29,782 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barangan keperluan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad