web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Sabar Mahu Pulang, Tahanan Malaysia Di Guantanamo Tunggu Usaha Diplomatik

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:15PM

Mohamad Farik Amin - gambar Christine Funk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Pembebasan dua rakyat Malaysia yang ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo sudah sekian lama tertangguh selepas dipenjarakan selama 21 tahun berhubung kejadian pengeboman Bali pada 2002 yang meragut 202 nyawa.

Bagaimanapun, peluang bagi mendapatkan tarikh kepulangan awal kini bergantung kepada komunikasi diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua rakyat Malaysia iaitu Mohamad Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Bin Lep, 47, telah ditahan di Thailand pada tahun 2003 tetapi tidak pernah menjalani perbicaraan sehingga 2024.

Pada penghujung Jan 2024 di bawah "plea bargain" atau tawaran terhadap pengakuan bersalah, kedua-duanya mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo atas tuduhan menjadi "aksesori" kepada serangan pengganas di Bali dan hakim tentera AS Lt. Kol. Wesley A. Braun menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas mereka selepas perbicaraan singkat.

Selain itu, di bawah rundingan terbabit, kedua-dua mereka perlu memberi keterangan terhadap Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia, bekas ketua gerakan Jemaah Islamiyah - sekutu Al-Qaeda - dan dalang pengeboman Ball.

BERNAMA memperoleh maklum balas eksklusif menerusi e-mel daripada seorang daripada peguam bela utama Christine Funk yang berkongsi pandangan mengenai kes itu serta menceritakan pengalaman pahit yang telah dilalui anak guamnya.

Funk mewakili Mohamad Farik yang juga dikenali sebagai "banduan no 21" di kem tahanan yang terletak di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo di tenggara Cuba.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Mohamad Farik pulang ke tanah air, beliau menyatakan bahawa anak guamnya menyedari komunikasi berterusan antara pasukan guamannya dan kerajaan Malaysia berhubung potensi penghantaran pulang awal.

Beliau berkata Mohamad Farik tidak sabar untuk menamatkan babak kehidupan yang mencabar ini secepat mungkin.

Funk juga berharap untuk melihat pengakhiran pengalaman pahit dan trauma yang dialami anak guamnya sejak ditahan.

Selepas ditahan, dia terpaksa melalui pelbagai penyeksaan, termasuk dipukul, ditahan tanpa dibenar melakukan sebarang komunikasi dengan keluarganya atau kerajaan Malaysia selama bertahun-tahun.

Mohamad Farik dibawa ke lokasi rahsia CIA, tempat dia telah menerima layanan kejam yang menggunakan teknik soal siasat yang amat keras dan kasar.

Menurut Funk pelbagai penderitan dan keadaan mengerikan terpaksa dilalui anak guamnya, dengan menyatakan bahawa anak guamnya menjadi mangsa tindakan yang telah dikutuk oleh komuniti undang-undang antarabangsa sebagai kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata Mohamad Farik mengharungi keadaan yang amat teruk seperti dipaksa bersandar pada dinding dengan hanya dahi menyentuh dinding untuk tempoh yang lama atau mencangkung dengan batang penyapu di belakang lututnya.

"Didedahkan kepada cahaya terang dan bunyi secara beterusan untuk mewujudkan persekitaran tidak selesa dan digari, tangan dirantai di atas kepala menyebabkan dia tidak boleh berdiri tegak dan terpaksa membongkok.

"Ditinggalkan bersendirian, tanpa kemudahan tandas, dibiarkan dalam kegelapan selama berhari-hari," kata Funk.

Banyak lagi layanan tidak berperikemanusiaan terpaksa dilalui Mohamad Farik, termasuk dibogelkan untuk tempoh yang lama dan adakala langsung tidak dibenarkan mandi atau memberus gigi.

"Kadangkala dia diletakkan di atas tarp sebelum disiram dengan air sejuk pada badan dan hidung serta mulutnya menyebabkan dia hampir lemas - satu perbuatan yang digelar waterboarding.

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, Mohamad Farik juga tidak diberikan hak komunikasi yang sepatutnya.

Sekarang dia hanya dibenarkan membuat empat panggilan telefon dalam setahun untuk menghubungi keluarganya dan setiap panggilan hanya diberikan selama 30 minit.

Kedua-dua tahanan Malaysia mash ditahan berasingan daripada banduan lain sejak mereka mula menjalani hukuman.

Apabila kembali kelak, mereka mungkin perlu menjalani rehabilitasi seperti yang dilaporkan oleh beberapa media AS.

Bernama turut menghubungi peguam Mohammed Nazir, Brian Bouffard, namun belum menerima sebarang maklum balas mengenai anak guamnya di Guantanamo Bay. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad