web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Ke-135 Genosid: Puluhan Lagi Rakyat Palestin Maut Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 8:46PM

Bandar-bandar dan kem pelarian di Semenanjung Gaza terus menjadi sasaran Zionis - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Puluhan lagi rakyat Palestin disahkan terbunuh dalam tempoh beberapa jam lepas akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang kini masuk hari ke-135, menurut sumber tempatan dan perubatan.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan bahawa bandar-bandar dan kem pelarian di tengah Gaza menjadi sasaran serangan dengan ramai orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala yang lain cedera dalam serangan udara dan meriam tentera rejim.

Pewarta WAFA melaporkan bahawa kira-kira 40 orang awam terbunuh, manakala puluhan lain cedera dalam serangan tentera penceroboh ke atas beberapa rumah di bandar Al-Zawayda, bandar Deir al-Balah, dan kem pelarian Nusseirat.

Sementara itu di Khan Yunis, selatan Gaza, kira-kira 20 orang awam terbunuh dalam beberapa siri serangan Israel yang menyasarkan beberapa rumah penduduk di dalam dan sekitar bandar itu.

Pada masa yang sama, pesawat pejuang Israel menyerang sembilan rumah di bandar Rafah, selatan wilayah terkepung itu mengakibatkan pembunuhan 13 orang awam dan puluhan lagi cedera.

Kapal tentera laut Israel turut melepaskan tembakan ke arah pantai Rafah, serentak dengan tembakan meriam yang menyasarkan bahagian selatan dan timur bandar itu.

Di Bandaraya Gaza, serangan udara Israel menyasarkan bangunan kediaman di kawasan perumahan Sheikh Radwan, Al-Nasr, Al-Zaytoun, Al-Rimal, dan Al-Sabra, mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 10 orang awam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan 28,858 penduduk Palestin terbunuh manakala 68,677 lagi cedera. - BERNAMA-WAFA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad