web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PEMILU 2024: Pengundian Luar Negara Berjalan Lancar

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 8:04PM

Warga Indonesia sekitar Lembah Klang melakukan proses undi awal sempena Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 di Pusat Pengundian Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Proses pengundian bagi Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang bermula pada awal bulan ini dan berterusan sehingga 14 Februari di luar negara, termasuk Malaysia berjalan lancar, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Walaupun terdapat beberapa isu, jurucakap kementerian Lalu Muhamad Iqbal, mengesahkan bahawa proses demokrasi itu berjalan dengan baik, berkat bantuan yang diberikan oleh pihak kedutaan, konsulat dan Jawatankuasa Pilihan Raya Luar Negara di setiap negara.

Beliau menegaskan bahawa kementerian dan wakilnya di luar negara bukanlah penganjur, tetapi mereka memikul tanggungjawab moral untuk menyokong kejayaan pilihan raya.

"Menganjurkan pilihan raya di luar negara melibatkan cabaran kerana kita perlu mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Oleh itu, sokongan dan kemudahan dari wakil-wakil adalah penting," katanya.

Warganegara Indonesia yang layak di pelbagai negara telah menunaikan hak mengundi mereka di 3,059 pusat pengundian.

Di Malaysia, terdapat 832,420 warganegara Indonesia yang berdaftar sebagai pengundi dengan enam pusat pengundian telah dibuka pada Ahad untuk pengundian awal, melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sejumlah besar pengundi berkumpul di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur melibatkan seramai 222,945 pengundi.

Indonesia, negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kini sedang menjalani tempoh bertenang selama tiga hari untuk Pemilu 2024 yang berakhir pada Selasa menjelang proses pengundian yang dijadualkan pada Rabu. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad