web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angka Korban Rakyat Palestin Di Gaza Hampiri 28,000

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 9:21AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 27,947 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah terkepung itu pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan media, kementerian itu berkata, seramai 67,459 warga Palestin cedera sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Okt lepas, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut kementerian, tentera Israel membunuh 107 rakyat Palestin dan mencederakan 142 yang lain dalam tempoh 24 jam lalu dengan beberapa mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Sumber keselamatan Palestin dan saksi berkata, pesawat Israel melancarkan beberapa siri pengeboman menyasarkan beberapa rumah di kawasan perumahan di Bandaraya Gaza, termasuk al-Rimal, al-Sabra, al-Zaytoun, Tal al-Hawa dan Sheikh Ajlin.

Menurut sumber, ambulans tidak dapat memasuki lokasi pengeboman kerana serangan udara dan artileri Israel, selain serangan dron yang menyasarkan setiap benda yang bergerak di kawasan berkenaan.

Sementara itu, sumber perubatan berkata, sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman yang menyasarkan dua rumah di Rafah, bandar selatan Gaza.

Menurut paramedik di Khan Younis, juga di selatan Gaza, beberapa lelaki terbunuh dalam serangan artileri Israel manakala seorang lagi lelaki dan seorang warga emas terbunuh ditembak tentera rejim di Hospital Nasser di bandar itu.

Selain itu, beberapa rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat pengeboman pesawat Israel ke atas sebuah rumah di bandar Deir el-Balah di tengah Gaza. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar