web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASEAN-Jepun Boleh Memainkan Peranan Penting Ke Arah Penyelesaian Konflik Palestin-Israel

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2023 1:14PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Secara kolektifnya, ASEAN dan Jepun boleh memainkan peranan penting dalam kalangan komuniti global ke arah penyelesaian konflik Palestin-Israel yang aman dan bertahan lama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut memaklumkan bahawa kesemua negara anggota ASEAN dan Jepun, telah mengundi untuk menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 12 Dis, yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera, bantuan kemanusiaan dan pembebasan terbusan.

“Seterusnya kita perlu bekerjasama ke arah memastikan tuntutan ini direalisasikan,” katanya dan menambah kemusnahan yang dilakukan Israel di Gaza, sama seperti pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia ke-2.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada agenda pertama Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun bertemakan kajian semula hubungan ASEAN-Jepun dan agenda kedua bertemakan Rakan Kongsi untuk Keamanan, Kestabilan dan Isu Serantau dan Antarabangsa di Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun di sini hari ini.

Beberapa pemimpin ASEAN lain termasuk Perdana Menteri Thai Srettha Thavisin dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, dalam ucapan mereka semasa agenda itu juga telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap Gaza dan keperluan untuk gencatan senjata segera.

Sementara itu, Anwar juga berkata memandangkan polikrisis global yang berterusan dan kerumitan yang semakin meningkat dalam persekitaran strategik perkumpulan dengan 10 ahli itu, peranan kerjasama ASEAN-Jepun dalam mengharungi cabaran itu menjadi lebih penting.

Kerjasama erat dan banyak inisiatif yang dilaksanakan melalui ASEAN Outlook mengenai Indo-Pasifik dan Jepun Bebas dan Indo-Pasifik Terbuka, mencerminkan komitmen kuat kedua-dua pihak untuk mengeratkan hubungan dan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Beliau berkata walaupun ASEAN berusaha untuk memastikan rantau ini kekal aman dan stabil, ia tidak boleh mengabaikan ancaman keselamatan dari bahagian lain dunia.

Dunia telah menyaksikan marginalisasi sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengabaikan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan. Penting untuk ASEAN dan Jepun bekerjasama, bersama dengan negara-negara yang berpandangan sama, untuk mengukuhkan multilateralisme dan mendukung peraturan berasaskan kepada undang-undang antarabangsa.

“Kesan terhadap kerosakan dalam Orde Dunia ini ke atas kita terlalu menakutkan untuk difikirkan,” katanya.

Anwar turut menyentuh mengenai senjata nuklear yang Malaysia lihat sebagai sesuatu yang memudaratkan manusia.

“Malaysia percaya bahawa kewujudan senjata nuklear yang berterusan menimbulkan risiko penggunaannya, sama ada secara sengaja atau tidak,” katanya.

Dalam konteks rantau ini, Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara berfungsi sebagai instrumen pelucutan senjata dan ketakcambahan di rantau ASEAN, yang selaras dengan Perkara VII NPT (Non-Proliferation Treaty).

Ketika merujuk kepada Pelan Tindakan Hiroshima Jepun, beliau berkata Malaysia percaya bahawa ASEAN dan Jepun boleh meneroka kerjasama dalam pelucutan senjata, ketakcambahan dan penggunaan tenaga nuklear secara aman dalam konteks global.

Pada agenda yang sama, beberapa negara anggota ASEAN juga telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap Myanmar, dengan Srettha dari Thailand berkata negaranya melakukan yang terbaik untuk membantu dalam krisis kemanusiaan di sempadannya dengan Myanmar dan berusaha untuk penyelesaian dalam rangka kerja Konsensus Lima Perkara.

Sidang itu merupakan kemuncak kepada aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan dan kerjasama ASEAN-Jepun. Acara peringatan itu bermula dengan simposium di Jakarta, Indonesia, pada Februari dan di Tokyo pada Mac.

Sepanjang tahun ini, pelbagai acara dan projek telah dianjurkan oleh pihak swasta dan kerajaan bagi memperingati ulang tahun ke-50 itu. Ini termasuk Minggu Perniagaan ASEAN-Jepun pada Jun, Mesyuarat Khas Menteri Kehakiman ASEAN-Jepun pada Julai, dan Dialog Khas Menteri Pelancongan ASEAN-Jepun pada Oktober. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran