web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jersi Lionel Messi Semasa Piala Dunia Qatar Dijual Hampir US$8 Juta

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 3:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Sebanyak enam jersi yang dipakai oleh bintang Argentina Lionel Messi semasa Piala Dunia 2022 di Qatar dilelong dengan nilai US$7.8 juta, kata rumah lelong Sotheby's pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jersi itu termasuk satu daripada kemenangan Argentina ke atas Perancis pada perlawanan akhir yang mengesahkan gelaran Piala Dunia pertama mereka sejak 1986 dan ketiga keseluruhan.

Walaupun terdapat harapan jersi itu dijual pada harga rekod, jumlahnya tidak mencapai harga tertinggi yang dibayar untuk jersi yang dipakai semasa lelongan.

Rekod itu masih kekal pada US$10.1 juta yang dibelanjakan pada September 2022 untuk jersi Permainan 1 Akhir NBA 1998 milik Michael Jordan.

Bagaimanapun, harga akhir itu adalah yang tertinggi untuk memorabilia sukan pada lelongan tahun ini dan memecahkan rekod jualan untuk memorabilia Messi.

Rekod sebelum ini yang dibelanjakan untuk sehelai pakaian yang dipakai oleh Messi adalah sebanyak US$450,000 untuk jersi Barcelona yang dipakainya dalam perlawanan El Clasico menentang Real Madrid pada 2017.

Sotheby's tidak mendedahkan pihak yang membeli jersi itu. Sebahagian daripada hasil jualan itu akan didermakan kepada badan amal. - BERNAMA-dpa

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad