web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Agung India Kekalkan Keputusan Tamatkan Autonomi Kashmir

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 7:53PM

Tentera India membuat rondaan di sekitar pasar utama di Srinagar. gambar Agensi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Mahkamah Agung India pada hari Isnin mengesahkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan yang menamatkan autonomi berdekad-dekad di wilayah Jammu dan Kashmir.

Panel lima hakim itu membuat keputusan itu selepas mendengar petisyen yang mencabar pembatalan status istimewa Jammu dan Kashmir yang dibuat pada tahun 2019.

Keputusan kerajaan itu membahagikan satu-satunya negeri berpenduduk majoriti Islam di India itu menjadi dua wilayah iaitu Jammu dan Kashmir yang kini ditadbir oleh kerajaan persekutuan bersama Ladakh.

Ketua Hakim D.Y. Chandrachud dalam keputusannya berkata, Jammu dan Kashmir tidak lagi mempunyai status yang berbeza dengan negeri-negeri lain di India, dan peruntukan Perlembagaan India boleh dikenakan ke atasnya.

Beliau berkata, Artikel 370 hanya adalah peraturan sementara.

Negeri bekas wilayah kecil itu menjadi sebahagian daripada India melalui perjanjian penyertaan yang ditandatangani pada Oktober 1947 oleh pemerintah wilayah itu Maharaja Hari Singh.

Wilayah itu yang terpisah sejak persempadanan Asia Selatan pada 1947, dikuasai sebahagian oleh Pakistan dan India, dan dituntut oleh kedua-dua negara itu sepenuhnya.

Mahkamah tertinggi juga memerintahkan Jammu dan Kashmir memperoleh status negeri masing-masing secepat mungkin dan mengadakan pilihan raya selewat-lewatnya pada 30 Sept tahun depan.

Wilayah itu kini ditadbir oleh pegawai yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Perdana Menteri, Narendra Modi dan parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) menyambut baik keputusan mahkamah itu.

"Keputusan Mahkamah Agung hari ini tentang pemansuhan Artikel 370 adalah bersejarah dan secara perlembagaannya mengesahkan keputusan yang dibuat oleh Parlimen India pada 5 Ogos 2019," menurut Modi.

"Keputusan hari ini bukan sekadar penghakiman undang-undang, ia merupakan satu harapan, janji masa depan yang lebih cerah dan bukti keazaman kami secara kolektif untuk membina India yang lebih utuh dan bersatu," katanya.

Di Kashmir, pemimpin wilayah itu yang menyokong pemulihan status autonominya menyatakan kekecewaan mereka terhadap keputusan itu.

Bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir, Mehbooba Mufti menggesa penduduk Kashmir supaya tidak berputus asa kerana wilayah itu telah melalui banyak pasang surut dalam sejarahnya.

"Perjuangan kita untuk maruah dan martabat akan diteruskan. Ini bukanlah penghujung jalan bagi kami," katanya.

Kebanyakan penduduk Kashmir percaya bahawa pemansuhan autonomi wilayah itu akan mengancam identiti mereka yang tersendiri, selain keseimbangan demografi.

"Kecewa tetapi tidak putus asa. Perjuangan akan diteruskan," kata Omar Abdullah, seorang lagi bekas ketua menteri.

"BJP mengambil masa beberapa dekad untuk sampai ke sini. Kami juga bersedia untuk perjalanan yang jauh," katanya merujuk kepada kempen nasionalis Hindu yang sudah lama menentang langkah perlembagaan yang memberikan hak autonomi kepadanya dalam tadbir urus tempatan.

Keputusan Mahkamah Agung itu meningkatkan prospek BJP dalam kempen pilihan raya parti itu tahun depan berikutan kempen parti itu untuk menamatkan autonomi Kashmir mendapat sokongan meluas, terutama di negeri-negeri berbahasa Hindi yang mempunyai jumlah kerusi parlimen yang besar.

Walaupun pengaturan asal bertujuan untuk membenarkan Jammu dan Kashmir kebebasan yang saksama dalam pentadbiran, kecuali dalam hal-hal seperti hubungan luar negeri, pertahanan dan komunikasi, autonomi rantau itu selama beberapa dekad terhakis lebih awal sebelum Artikel 370 dimansuhkan pada 2019. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Banjir Dekat Kuil Amarnath, 15 Penganut Hindu Terkorban, 40 Hilang

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad