web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


India Tolak Laporan Mengenai 'Memo Rahsia' Sebelum Pembunuhan Aktivis Sikh Di Kanada

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 3:30PM

Sebahagian penduduk kaum Sikh memakai kemeja- T dihiasi gambar Hardeep Singh Nijjar ketika majlis pengebumiannya di Surrey, British Columbia pada 25 Jun lalu. gambar Agensi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Kerajaan India menolak laporan 'yang sengaja direka' mendakwa ia menghantar 'memo rahsia' mengarahkan konsulatnya di Amerika Utara supaya melancarkan 'skim tindakan keras yang canggih' terhadap kumpulan-kumpulan Sikh di negara-negara Barat.

"Kami menegaskan bahawa laporan itu palsu dan sengaja direka. Tidak ada memo sedemikian," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad.

"Ini adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu berterusan terhadap India," kata kementerian itu.

Portal berita The Intercept pada Ahad melaporkan bahawa Kementerian Luar India pada April 2023 menulis memo yang menyenaraikan beberapa penentang Sikh yang sedang disiasat oleh agensi perisikan India.

Senarai itu termasuk Hardeep Singh Nijjar, warga Kanada yang berasal dari India, yang ditembak mati oleh penyerang yang tidak dikenali di pinggir bandar Vancouver pada Jun, menurut laporan The Intercept.

”Langkah-langkah tegas perlu diambil bagi memastikan suspek bertanggungjawab," menurut memo itu seperti dalam laporan (The Intercept). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad