web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Agung PBB Terima Pakai Lima Resolusi Memihak Kepada Palestin

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 4:15PM

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin.

Resolusi pertama membabitkan usaha menghantar bantuan kepada pelarian Palestin manakala resolusi kedua memberi tumpuan kepada operasi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), menurut Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi ketiga pula berkaitan dengan harta milik pelarian Palestin dan pendapatan yang diperoleh daripadanya manakala resolusi keempat mengenai usaha menangani penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Golan Syria yang diduduki.

Resolusi kelima pula membabitkan aktiviti Jawatankuasa Khas untuk Menyiasat Tindakan Israel yang Melanggar Hak Asasi Manusia Bangsa Palestin dan Arab Lain di wilayah diduduki.

Wakil Tetap Palestin di PBB Riyad Mansour menyatakan penghargaannya terhadap sokongan dan solidariti antarabangsa yang semakin meningkat, khususnya berkaitan isu pelarian Palestin, lapor WAFA. - BERNAMA-WAFA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad