web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keganasan Peneroka Israel Ke Atas Rakyat Palestin Meningkat - PBB

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 8:38PM

Peneroka haram Israel gembira menyaksikan Gaza dihujani bom milik tentera Zionis - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan peningkatan insiden melibatkan peneroka haram yang diiringi pasukan keselamatan penceroboh dalam menyerang komuniti Palestin.

Laporan itu secara khusus memetik kejadian pada Sabtu yang menunjukkan kematian seorang warga Palestin, sama ada disebabkan oleh tembakan tentera Israel atau tembakan peneroka, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Selain itu, tiga individu lain turut cedera dalam serangan yang dilakukan oleh peneroka Yahudi itu di bandar Qarawat Bani Hassan di Salfit.

Laporan itu menjelaskan bagaimana peneroka haram bersenjata diiringi oleh askar penceroboh menghampiri pinggir sebuah kampung sebelum membaling batu, bom petrol dan menembak kediaman penduduk Palestin.

Serangan-serangan itu mengakibatkan sebuah kediaman terbakar selain kerosakan teruk kepada rumah penduduk lain.

Keganasan berikutnya juga direkodkan, termasuk serangan oleh peneroka Yahudi bersama tentera Israel dengan menyerang rumah-rumah dan kenderaan penduduk Palestin di kampung Madama (Nablus).

Sejak 7 Okt, OCHA mendokumenkan sebanyak 308 serangan oleh peneroka Israel ke atas rakyat Palestin, mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda yang meluas.

Di tengah-tengah keganasan itu, sekurang-kurangnya 143 keluarga Palestin terdiri daripada 1,014 individu termasuk 388 kanak-kanak terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Pada masa sama, ketegangan semakin memuncak di bandar Qalqilya menyaksikan tentera penceroboh melancarkan operasi sehingga berlakunya kejadian berbalas tembakan dengan rakyat Palestin.

Semasa operasi itu, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin.

Sementara itu, laporan berkenaan turut mendedahkan seramai 246 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak terbunuh dalam keganasan pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak 7 Okt lepas.

Selain itu sekurang-kurangnya 3,279 rakyat Palestin, termasuk 520 kanak-kanak mengalami pelbagai kecederaan dalam tempoh itu. - BERNAMA-PETRA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad