web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Kesalinghubungan Dengan Indonesia Kukuhkan Sektor Pelancongan – Duta Malaysia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 6:09PM

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin ketika berucap di Pameran Makanan dan Perjalanan Malaysia 2023 di QBig BSD City Tangerang di Banten. - gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin yakin bahawa peningkatan kesalinghubungan akan dapat menambah ketibaan pelancong antara Malaysia dan Indonesia.

Meskipun kesalinghubungan ketika ini belum mencapai tahap prapandemik, kedua-dua negara dihubungkan dengan pembukaan semula laluan seperti Jakarta-Kuching-Jakarta oleh AirAsia Indonesia dan Kertajati-Kuala Lumpur-Kertajati oleh AirAsia Malaysia dan Malaysia Airlines.

“Kemunculan syarikat penerbangan baharu – TransNusa – juga menyediakan alternatif untuk perjalanan Malaysia-Indonesia,” katanya kepada pemberita di Pameran Makanan dan Perjalanan Malaysia 2023 di QBig BSD City Tangerang di Banten, anjuran Tourism Malaysia Jakarta.

Beliau berkata pada pertemuan dengan kerajaan wilayah Sumatera Utara, Riau dan Kalimantan Barat  telah memberikan harapan untuk kesalinghubungan yang lebih baik antara Malaysia dan Indonesia yang akan memberi manfaat kepada rakyat, negara dan rantau ini.

Malaysia menyasarkan untuk menarik 15.6 juta pelancong antarabangsa tahun ini, khususnya 2.68 juta pelancong Indonesia.

Pada separuh pertama 2023, Malaysia mencatatkan 1.45 juta ketibaan pelancong Indonesia dan kira-kira 1.2 juta rakyat Malaysia melawat Indonesia, dibantu dengan penerbangan sebanyak 590 seminggu.

Sementara itu, acara yang berlangsung dari 16 hingga 19 Nov yang menarik kira-kira 20,000 pengunjung itu, menawarkan peluang unik untuk menikmati hidangan Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan cendol, selain rempah ratus Pulau Pinang dan buah durian Musang King.

Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Junus Suhid berkata pameran itu berperanan sebagai platform untuk hadirin meneroka destinasi menarik di Malaysia dan mendapatkan maklumat tentang kemudahan penjagaan kesihatan dan pendidikan. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar