web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Kesihatan Di Gaza Semakin Kritikal Akibat Kekurangan Bahan Api

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 1:58PM

gambar FB UNRWA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Kira-kira 380 bayi baru lahir dan 4,600 wanita hamil yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza memerlukan rawatan perubatan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis.

Agensi PBB itu memaklumkan menerusi platform X bahawa pihaknya berupaya menyediakan rawatan selepas bersalin tetapi persekitaran di tempat perlindungan UNRWA tidak sesuai untuk bayi baru lahir.

Menurut Dana Penduduk PBB (UNFPA) terdapat sekitar 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dan lebih 180 bersalin setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

Satu-Satunya Hospital Khas Untuk Kanak-Kanak Di Gaza Tidak Lagi Berfungsi

Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di barat Gaza tidak lagi beroperasi pada Khamis selepas generatornya gagal berfungsi, menyebabkan nyawa 38 kanak-kanak Palestin yang menderita kegagalan buah pinggang di ambang bahaya.

"Seramai 38 kanak-kanak yang mengalami kegagalan buah pinggang tidak dapat menjalani dialisis selepas Hospital Al-Rantisi berhenti beroperasi kerana kehabisan bahan api," kata jurucakap bagi Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, Ashraf Al-Qudra.

Terdahulu pada Khamis, Al-Qudra mengumumkan semua perkhidmatan perubatan untuk kanak-kanak di hospital itu dan di Hospital Al-Nasr dihentikan kerana masalah yang sama.

Bagaimanapun, unit rawatan rapi dan taska yang bergantung kepada generator yang lebih kecil masih beroperasi.

Sebahagian Hospital Di Seluruh Gaza Hentikan Operasi

Awal minggu ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa 18 daripada 35 hospital di seluruh Gaza tidak lagi beroperasi, manakala 71 peratus kemudahan penjagaan asas telah ditutup kerana kekurangan bahan api atau pengeboman Israel.

Dalam situasi ini, doktor terpaksa melakukan pembedahan tanpa bius, terutama terhadap individu yang cedera dan wanita yang bersalin secara pembedahan.

Pada 24 Oktober, Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila mengumumkan sistem kesihatan di Semenanjung Gaza telah lumpuh.

"Bermakna mulai hari ini, semua yang cedera termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas tidak lagi mendapat rawatan, manakala pesakit kanser tidak dapat dirawat atau menjalani sesi kemoterapi dan pesakit buah pinggang tidak dapat menjalani dialisis, sementara nyawa beratus-ratus bayi pramatang kini berada dalam bahaya," katanya.

Angka Kematian Terus Meningkat

Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh, manakala lebih 26,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat rejim Israel sejak 7 Oktober.

Sementara itu, seramai 2,650 orang, termasuk 1,400 kanak-kanak dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan, kata Al-Qudra.

"Pencerobohan Israel telah menyebabkan 195 pegawai perubatan maut dan 51 ambulans musnah," katanya.

Selain, angka korban yang tinggi dan mereka yang hilang tempat tinggal terus meningkat, bekalan asas juga semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza disebabkan pengepungan Israel. - BERNAMA-ANADOLU/WAFA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar