web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Tempat Selamat Untuk Orang Awam Di Gaza - Amnesty International

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 2:37PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Amnesty International pada Ahad berkata tiada kawasan di Semenanjung Gaza yang boleh menjamin keselamatan orang awam Palestin daripada serangan udara Israel.

Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, menyerang orang awam satu lagi gambaran bahawa penduduk di Gaza sudah tidak mempunyai tempat yang selamat untuk dituju.

“Amnesty telah mengesahkan enam video serangan pada 13 Oktober 2023 yang mengakibatkan orang awam terkorban di sepanjang Salah-Al Deen Street, laluan yang telah ditetapkan oleh tentera Israel sebagai selamat untuk orang awam melarikan diri selepas 'perintah' Israel meminta mereka meninggalkan utara Gaza,” kata  pertubuhan itu di X, lapor Agensi Anadolu.  

Amnesty berkata, sekurang-kurangnya 70 maut dan konvoi yang meninggalkan utara Semenanjung Gaza ke selatan wilayah itu, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya.

"Ambulans yang tiba di tempat kejadian turut diserang dalam serangan kedua, manakala penyelamat cedera," kata pertubuhan itu. 

Amnesty berkata, arahan berpindah oleh Israel tidak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan proses pemindahan itu hampir mustahil memandangkan keadaan kesihatan orang awam dan kekurangan pengangkutan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad