web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di Namibia Hidang Nasi Minyak Kepada 500 Pengunjung

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 5:23PM

Program berkenaan diadakan di Windhoek Islamic Centre, Pioneers Park. - gambar Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Namibia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Soup Kitchen Malaysia telah diadakan di Namibia pada Jumaat, menyaksikan 500 pengunjung disajikan hidangan nasi minyak bersama daging kambing panggang dan dalca kambing.

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Namibia dalam satu kenyataan berkata acara yang berlangsung di Windhoek Islamic Centre, Pioneers Park, itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Perwakilan Wanita Malaysia di Namibia dan AJ Auto Parts.

Datuk Bandar Windhoek City Joseph Uapingene, merakamkan penghargaan kepada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya atas penganjuran program yang memberi manfaat kepada ramai penduduk Namibia, terutama kepada penduduk Islam di negara ini.

"Imam dan Pengerusi Pusat Islam itu juga memuji Suruhanjaya Tinggi di Windhoek atas usahanya membantu golongan yang memerlukan di Namibia," menurut kenyataan itu.

Datuk Bandar turut mengedarkan bungkusan makanan kepada jemaah di Islamic Centre dan kepada para tetamu yang lain.

Mohamad Rameez berkata acara seperti ini, termasuk Pasar Malam Malaysia yang diadakan baru-baru ini, merupakan sebahagian daripada program untuk membantu masyarakat yang memerlukan di Namibia, termasuk beberapa kawasan luar bandar.

"Ini akan memperlihatkan kepada Namibia bahawa hubungan dua hala Malaysia tidak hanya berdasarkan ekonomi dan politik, bahkan turut melibatkan hubungan sosial dan rakyat," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, suruhanjaya tinggi juga akan menganjurkan Promosi Hari Filem Malaysia: Mat Kilau The Movie pada minggu kedua November.

Makanan dan minuman cita rasa Malaysia akan disajikan selepas tayangan filem yang terhad kepada 100 peserta pertama.- BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar