web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 150,000 Penduduk Di Gaza Terpaksa Berpindah – Pegawai EU

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 11:58AM

Serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza bukan saja mengorbankan nyawa rakyat Palestin, malah menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal selain terputus bekalan air dan elektrik. - gambar Agensi Anadolu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BRUSSELS - Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell berkata pada Selasa bahawa pertempuran terkini antara Israel-Palestin menyebabkan pemindahan hampir 150,000 penduduk di Semenanjung Gaza. 

Borrell berkata Semenanjung Gaza kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu.

"Jumlah korban semakin meningkat di Gaza, dengan 150,000 orang hilang tempat tinggal dan situasi kemanusiaan sangat teruk," katanya selepas mesyuarat tidak rasmi menteri-menteri luar dari negara-negara ahli EU.

Pada mesyuarat itu menteri-menteri EU turut menegaskan pendirian mereka dalam pelbagai isu, termasuk pembebasan tebusan, perlindungan orang awam, menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sehingga Selasa, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza mencecah 900, termasuk sekurang-kurangnya 260 kanak-kanak dan 200 wanita, menurut Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza.

Sementara itu, jumlah mangsa yang cedera pula melebihi 4,500 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan Israel pula, sekurang-kurangnya 1,200 warga Israel terbunuh dan lebih 2,806 yang lain cedera.

Israel juga telah memutuskan bekalan air dan elektrik ke Gaza yang memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan terkepung itu.

Hampir 2.2 juta penduduk di Semenanjung Gaza telah hidup terkepung akibat pendudukan Israel sejak 2007.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad