web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat India Ke Kanada Dinasihatkan Berwaspada

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 8:28AM

Nasihat perjalanan untuk warga India yang mahu ke Kanada dimuat naik melalui laman sesawang serta media sosial Kementerian Hal Ehwal Luar India sejak semalam. - gambar Gacebook Kementerian Hal Ehwal Luar India

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - India pada Rabu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada berikutan hubungan diplomatik yang semakin tegang ekoran kes pembunuhan seorang aktivis Sikh Kanada.

Nasihat perjalanan itu dikeluarkan berikutan Kanada meningkatkan tahap amaran untuk warganya yang melancong ke India.

"Memandangkan aktiviti anti-India yang semakin meningkat dan jenayah kebencian serta keganasan jenayah di Kanada, semua warga India di sana dan mereka yang merancang perjalanan digesa untuk  berwaspada sepenuhnya," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Hubungan antara kedua-dua negara semakin merosot selepas Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau minggu ini menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang pemimpin masyarakat Sikh yang berasal dari India.

"Sejak beberapa minggu lalu, agensi keselamatan Kanada giat meneruskan dakwaan yang mengenai potensi hubungan antara ejen kerajaan India dan pembunuhan seorang warga Kanada Hardeep Singh Nijjar," kata Trudeau kepada Parlimen pada Isnin.

Nijjar, yang merupakan ketua gurdwara dan penyokong vokal gerakan Khalistan, ditembak mati pada 18 Jun di bandar Surrey, Columbia.

India telah menyangkal dakwaan Kanada.

"Dakwaan penglibatan Kerajaan India dalam sebarang tindakan keganasan di Kanada adalah tidak masuk akal dan mempunyai motif," menurut Kementerian Luar Negeri pada Selasa.

Trudeau berkata beliau tidak mahu meningkatkan lagi ketegangan dengan India tetapi meminta New Delhi untuk bekerjasama dalam siasatan pembunuhan itu.

"Kerajaan India perlu mengambil perkara ini dengan serius," katanya pada Selasa. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad