web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Turkiye Setuju MAHB Terus Kendali Lapangan Terbang Sabiha

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 8:08AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam pertemuan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada mesyuarat dua hala di Turkish House di New York. Kedua-dua pemimpin negara kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB ke-78. - gambar Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Turkiye telah bersetuju supaya Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada pertemuan mereka di sini, hari ini.

“Beliau (Presiden) setuju MAHB teruskan (kendali) Lapangan Terbang Sabiha di Istanbul. Mereka puas hati dengan kejayaan MAHB pada peringkat pertama, sebab itu mahu sambungan dengan runway (landasan) yang lebih panjang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat dua hala dengan Erdogan.

Anwar yang berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 berkata Turkiye merasakan ada keupayaan untuk operasi lapangan terbang itu dikendalikan oleh syarikat yang sama, iaitu MAHB.

Walaupun persetujuan meneruskan operasi oleh MAHB telah diumumkan, Anwar berkata ia akan melalui proses biasa oleh kementerian yang berkenaan.

“Ini satu sokongan yang cukup besar dan keyakinan kepada syarikat Malaysia untuk membangun dan menguruskan Lapangan Terbang Sabiha,” tambah beliau.

Dimiliki sepenuhnya oleh MAHB, lapangan terbang tersebut merupakan pintu masuk keenam paling sibuk di Eropah, dengan jumlah penumpang mencecah 25 juta pada 2021, yang merupakan 70 peratus daripada angka prapandemik COVID-19.

Pada pertemuan itu yang turut dihadiri menteri-menteri Kabinet daripada kedua-dua pihak, Anwar berkata mereka turut membincangkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala dari segi  pelaburan dan  perdagangan.

Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Turkiye di ASEAN dengan jumlah perdagangan sebanyak US$4.7 bilion (US$1=RM4.51) pada 2022, pertumbuhan 35 peratus dari 2021.

Angka eksport Malaysia ke Turkiye pada 2022 mencecah paras RM17.39 bilion, yang sebahagian besarnya terdiri daripada minyak sawit, produk pertanian berasaskan minyak sawit, pembuatan logam, tekstil, pakaian, kasut, produk elektrik dan elektronik serta produk perkilangan berasaskan minyak sawit.

Jumlah import pada 2022 direkodkan sebanyak RM2.86 bilion yang merangkumi produk petroleum, barang kemas, produk besi dan keluli, kimia dan produk kimia , tekstil, pakaian serta kasut. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran