web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Libya Siasat Punca Empangan Pecah, Dakwa Mereka Yang Cuai

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 5:44PM

Keadaan bandar Derna, Libya selepas dilanda banjir baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENGHAZI - Pihak berkuasa Libya akan menjalankan siasatan dan mendakwa mereka yang didapati cuai sehingga menyebabkan empangan di bandar timur Derna pecah semasa hujan lebat, kata Menteri Kehakiman, Khaled Masoud al-Mudir, lapor Sputnik.

"Sekiranya terbukti mereka yang bertanggungjawab terhadap penjagaan empangan ini tersilap atau cuai, tidak memeriksa atau membaikinya, mereka akan dikenakan tindakan jenayah, sama ada mereka pemimpin perbandaran Derna atau pegawai daripada kerajaan sebelum ini.

“Pejabat Pendakwa akan melaksanakan semua prosedur undang-undang dan mengambil tindakan  bagi memastikan kejadian ini tidak berulang," kata menteri itu.

Beliau berkata, pihak berkuasa Libya juga akan menyiasat kegagalan beberapa syarikat asing memantau keadaan empangan di timur negara itu, walaupun kontrak penyenggaraan sudah dimeterai pada 1999, 2007 dan 2008. 

Hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Daniel melanda Libya pada 10 September, mencetuskan banjir di timur negara itu, dengan bandar Susah dan Derna diisytiharkan sebagai zon bencana alam.

Sehingga Khamis, jumlah korban banjir melebihi 11,000, dengan nasib kira-kira 20,000 orang lagi belum diketahui, lapor penyiar Al Arabiya, memetik Bulan Sabit Merah Libya.

Pada Rabu, Datuk Bandar Derna, Abdulmenam Al-Ghaithi, berkata jumlah kematian akibat banjir di bandar itu mungkin mencecah 18,000 hingga 20,000. - BERNAMA-SPUTNIK

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad