web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi: Maghribi Selaras Bantuan Antarabangsa

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:04PM

Pasukan penyelamat asing menyertai pencarian mangsa gempa bumi di Maghribi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Maghribi sudah memberi maklum balas menggalakkan terhadap tawaran yang dibuat oleh negara yang mempunyai hubungan baik untuk menyediakan bantuan dan pasukan penyelamat susulan gempa bumi 7 magnitud yang melanda pada Jumaat, tetapi Rabat mahu melihat bantuan itu diselaraskan oleh pihak berkuasa tempatannya.

Kedutaan Maghribi di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, sedar bantuan yang tidak diselaraskan akan menjadi tidak produktif, adalah diputuskan pasukan penyelamat antarabangsa akan dihantar dan melakukan hubungan operasi dengan rakan sejawatan mereka dari Maghribi.

Pendekatan itu diputuskan semasa sesi kerja yang dipengerusikan oleh Raja Mohammed VI untuk menilai keadaan pasca gempa bumi.

“Ketika operasi menyelamat berlangsung, potensi peningkatan keperluan boleh mewajarkan pertimbangan sokongan daripada negara-negara lain. Ini mungkin melibatkan penyediaan pelbagai bentuk bantuan lain," menurut kenyataan tersebut.

Sehingga kini, Itali, Qatar, Arab Saudi, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Britain sudah mengerahkan pasukan penyelamat di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.

Kedutaan juga menyatakan Raja Mohammed menyampaikan rasa terima kasih yang mendalam dari negaranya kepada pelbagai negara dan mereka yang sudah menyatakan solidariti mereka dengan rakyat Maghribi pada masa yang sukar ini, serta pihak yang telah menawarkan sokongan dan bantuan dalam keadaan semasa.

Media melaporkan, sekurang-kurangnya 2,122 orang terbunuh manakala 2,421 lagi cedera akibat gempa bumi itu, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Gempa bumi itu adalah yang paling kuat melanda negara Afrika Utara pada abad lalu, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad