web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cathay Pacific Batal Penerbangan Susulan Taufan Saola

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 3:19PM

Penerbangan Cathay Pacific yang tiba dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dibatalkan berikutan Taufan Saola yang semakin menghampiri wilayah itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Syarikat penerbangan Hong Kong Cathay Pacific Airways telah membatalkan semua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu, susulan Taufan Saola semakin menghampiri bandar itu.

"Akibat Taufan Super Saola menghampiri Hong Kong, beberapa penerbangan yang dijadualkan tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada hari Jumaat (1 Sept) dan Sabtu (2 Sept) telah terjejas.

“... Semua penerbangan Cathay Pacific yang tiba dan berlepas dari Hong Kong antara 2 petang pada Jumaat dan 10 pagi pada Sabtu telah dibatalkan," umum syarikat penerbangan itu di laman sesawang, lapor Sputnik.

Syarikat itu berkata lebih banyak kelewatan dan pembatalan penerbangan mungkin akan berlaku pada pagi Sabtu berdasarkan keadaan cuaca dan laluan taufan.

Pentadbiran Meteorologi China sebelum ini mengumumkan amaran kecemasan tahap maksimum telah dikeluarkan di selatan China ketika taufan semakin menghampiri.

Taufan itu akan bergerak ke barat laut pada kelajuan 10 kilometer sejam (enam batu sejam) dan menghampiri kawasan pantai di timur wilayah Guangdong, sebelum mendekati kawasan pantai di Hong Kong pada Jumaat. - BERNAMA-SPUTNIK

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad