web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamas, Israel Setuju Gencatan Senjata, Dipantau Mesir

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 7:44AM

Lebib 200 penduduk Palestin terbunuh sejak Zionis menyerang dan menceroboh bumi Palestin pada 10 Mei lalu. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Israel dan Hamas akan melaksanakan gencatan senjata di semenanjung Gaza bermula 2 pagi Jumaat (waktu tempatan) bagi menghentikan serangan yang paling ganas ke atas bumi Palestin sejak 2014.

Gencatan senjata itu dicadangkan oleh Mesir manakala Qatar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berusaha untuk menjadi orang tengah. Gencatan itu dilaksanakan di tengah-tengah kebimbangan dunia akan peningkatan jumlah pertumpahan darah.

Dalam pada itu, Hamas memaklumkan ia akan mematuhi perjanjian berkenaan sekiranya Israel juga melakukan perkara sama, kata penasihat media kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh iaitu Taher Al-Nono kepada Reuters.

Sementara jurucakap Hamas, Abu Ubaida, yang disiarkan menerusi televisyen berkata: "Dengan pertolongan Tuhan, kami dapat mengaibkan musuh''.

Manakala Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pula telah mengarahkan dua selegasi kesalamatan ke Israel dan wilayah Palestin untuk melaksanakan gencatan senjata berkenaan.

Sejak Zionis melancarkan serangan dan menceroboh bumi Palestin pada 10 Mei lalu, seramai 232 penduduk Palestin, termasuk 65 kanak-kanak telah terkorban manakala bilangan mereka yang cedera pula mencecah 1,900 orang.

Serangan itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Aidilfitri.- Arab News

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad