SYDNEY - Seorang penimbun barang dari Australia menembak mati perompak di rumahnya dan menyimpan mayat itu selama 15 tahun.
Dia juga menggunakan lebih daripada 70 penyegar udara untuk menyembunyikan bau busuk dari mayat yang sudah reput itu, lapor media tempatan hari ini.
Satu inkues koronial mendengar lelaki dari Sydney Bruce Robers menembak mati penceroboh Shane Snellman dalam satu cubaan rompakan rumah pada 2002 dan menyimpan mayat itu di rumahnya, kata penyiar ABC.
Selepas Roberts meninggal dunia pada 2017 kerana sebab semula jadi, jiran beliau memanggil perkhidmatan kecemasan selepas menjumpai badannya dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan rumahnya.
Tetapi mayat Snellman hanya dijumpai setahun kemudian di tengah-tengah timbunan sampah oleh krew pembersih yang digaji untuk membersihkan rumah itu.
Mayat Snellman dikelilingi oleh lebih daripada 70 botol penyegar udara untuk menghilangkan bau busuk.
Roberts dikatakan seorang penimbun barang yang jarang meninggalkan rumahnya, di mana lebih daripada sedozen senjata api ditemui. - AFP

