web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dunia Arab Dan Islam Rakam Ucapan Tahniah Atas Kemenangan Erdogan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 3:11PM

Recep Tayyip Erdogan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Islam dan dunia Arab menghantar perutusan tahniah masing-masing atas kemenangan Recep Tayyip Erdogan mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu dalam pusingan kedua pilihan raya presiden Turkiye pada Ahad.

Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dalam panggilan telefon kepada Erdogan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dan mendoakan Turkiye di bawah kepimpinan Erdogan semakin pesat membangun.

Erdogan turut merakamkan ucapan penghargaan beliau dan berharap agar kerjasama dua hala yang terjalin antara kedua-dua negara dapat diperkukuh dalam mencapai kemaslahatan bersama demi kesejahteraan serantau, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).

Di Arab Saudi, Penjaga Dua Kota Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam perutusan tahniah baginda berkata: “Tahniah kerana mendapat mandat sekali lagi daripada rakyat sebagai Presiden Turkiye bagi penggal kedua.

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud turut mendoakan Erdogan dan Turkiye, “Semoga hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama akan terus utuh,” menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).

Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang dipetik WAFA, agensi berita  rasmi negara itu turut menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada Erdogan dan menyatakan penghargaan kepada sokongan kerajaan Turkiye kepada perjuangan rakyat Palestin selama ini.

Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa pula bertitah: “Tahniah kerana mendapat mandat sekali lagi daripada rakyat sebagai Presiden Turkiye bagi penggal kedua.

“Semoga hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama akan terus utuh,” titah baginda dalam perutusan tahniah sempena kemenangan Erdogan, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).

Selain itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha di akaun Twitter rasminya hari ini, pada Isnin, turut mengutuskan ucapan tahniah atas kejayaan Erdogan mempertahankan jawatan presiden Turkiye, di samping mendoakan kemajuan republik berkenaan.

Turut tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah, termasuk Raja Jordan Raja Abdullah II, Sultan Oman Sultan Haitham bin Tariq Al Said dan Emir Kuwait Sheikh Nawaf Al Ahmad Al Jaber Al Sabah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

3

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Raja Charles III Zahir Tahniah Untuk Agong Baharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar