web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ibu Tangmo Puas Hati Keputusan Mahkamah, Maafkan Defendan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 8:30PM

Nida Patcharaveerapong - Gambar dari www.thaipbsworld.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Wilayah Nonthaburi menjatuhkan hukuman terhadap dua defendan dalam kes kematian pelakon terkenal Thailand, “Tangmo,” Nida Patcharaveerapong, tetapi memerintahkan mereka menjalani parol selama tiga tahun.

Pemilik bot laju, Thanupat Lerttaweewit atau “Por,” dan jurumudi “Robert” Paibul Trikanchananan didapati bersalah kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian Tangmo.

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Jenayah pada 2 Mac 2023 , mereka juga didapati bersalah mengendalikan bot tanpa lesen sah.

Kedua-dua defendan turut menerima pengurangan penalti sebanyak 50 peratus hasil daripada pengakuan mereka.

Por akan dipenjara dua tahun sembilan bulan dan denda 64,000 baht, manakala Robert pula dipenjara dua tahun dua bulan serta denda 54,000 baht, tetapi hukuman tersebut digantung tiga tahun.

Mahkamah memberi tempoh setahun kepada dua defendan untuk melaporkan diri kepada pegawai parol sebanyak empat kali dan mendapatkan latihan di klinik terapi psikososial Mahkamah Wilayah Nonthaburi pada masa itu.

Tangmo Nida meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang, Nonthaburi pada 24 Februari tahun lalu.

Mayatnya ditemui dua hari kemudian, dan Polis Diraja Thai memutuskan bahawa tidak ada unsur jenayah dalam kematiannya.

Bagaimanapun enam suspek didakwa terlibat dalam kes yang mengejutkan dunia hiburan termasuk netizen di Malaysia.

Selain Tanupat dan Phaiboon, empat lagi tertuduh ialah Wisapat "Sand" Manomairat, Nitas "Job" Kiratisoonthisathorn, pengurus Tangmo Idsarin "Gatick" Juthasuksawat, dan Peam "Em" Thamtheerasri.

Sementara itu, Panida Siriyutyothin, ibu kepada mendiang Tangmo, menarik nafas lega apabila dua defendan terbabit tidak akan dipenjarakan.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu menjaganya sejak 15 bulan lalu.

“Keputusan mahkamah menunjukkan bahawa keadilan telahpun ditegakkan,” katanya.

Malah, wanita itu menafikan dia berpuas hati kerana wang yang dibayar defendan tetapi disebabkan mereka sudah mengaku bersalah.

“Saya telah memaafkan mereka,” katanya.

Selepas selesai sidang media, mereka bergambar beramai-ramai di hadapan kamera.

Panida dilihat memeluk Po dan Robert sebelum kedua-dua lelaki itu berlalu pergi. – Agensi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad