web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Lagi Disiasat Susulan Kematian Aktres Thailand 'Tangmo'

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 11:47AM

Nida "Tangmo" Patcharaveerapong - Gambar dari MyDramaList

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Polis telah mengambil keterangan lapan lagi saksi dalam siasatan berhubung kematian aktress Thailand, Nida "Tangmo" Patcharaveerapong, yang dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya River, Khamis lalu.

Setakat ini polis masih belum mengenal pasti kecuaian siapa yang menyebabkan kematian aktres terbabit, kata Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumjit.

''Tiada teori yang ditolak setakat ini, sama ada ia kemalangan atau ada perkara lain di sebalik kejadian terbabit....kami akan menjalankan siasatan seteliti mungkin dengan bantuan bukti forensik,'' katanya.

Antara yang dipanggil memberikan keterangan pada Khamis ialah kawan yang juga pengurus Tangmo, Surattanavee "Bow TK" Suviporn, kata Jirapat.

Setakat ini 29 saksi termasuk empat daripada lima orang yang menemani Tangmo di atas bot telah dipanggil untuk siasatan, katanya.

Hanya dua daripada mereka yang berada di atas bot laju itu telah didakwa setakat ini.

Polis menjalankan siasatan berhubung kematian Nida di Sungai Chao Phraya. - Gambar dari Bangkok Post
Polis menjalankan siasatan berhubung kematian Nida di Sungai Chao Phraya. - Gambar dari Bangkok Post

Lima rakan Tangmo ialah Idsarin "Gatick" Juthasuksawat, pengurusnya, Wisapat "Sand" Manomairat; Nitas "Job" Kiratisoothisathorn; Tanupat "Por" Lerttaweewit, pemilik bot dan Phaiboon "Robert" Trikanjananun.

Tanupat dan Phaiboon telah didakwa kerana beroperasi tanpa lesen dan kecuaian hingga membawa kepada kematian. Menurut siasatan awal, Phaiboon yang mengendalikan bot berkenaan ketika Tangmo terjatuh.

Analisis ke atas rekod GPS mendapati aktres berkenaan dipercayai terjatuh antara 10.29 malam dan 10.34 malam, kata Jirapat, sambil menambah pihak polis kini sedang menyiasat dari aspek forensik untuk mencari bukti dari bot tersebut.

Bot terbabit tidak berada di tempat kejadian ketika polis tiba pada malam Khamis itu namun Jirapat memaklumkan tiada bukti dipercayai hilang dari bot terbabit.

Bot berkenaan dirampas dari Kelab Bot NBC di Muang, pada pagi keesokannya. - Bangkok Post

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad