web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 180 Penduduk Palestin Cedera Dalam Serangan Di Masjid Al-Aqsa

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 4:11PM

Keadaan di Masjid Al-Aqsa pada Isnin - Gambar dari Twitter Masjid al Aqsa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 180 penduduk Palestin cedera termasuk seorang yang berada dalam keadaan kritikal selepas keganasan terbaharu meletus di luar Masjid Al-Aqsa pada Isnin.

Lebih kejam keganasan itu dilakukan menjelang beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Palang Merah Palestin, lebih 180 penduduk Palestin cedera dengan seorang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Pertubuhan itu juga memaklumkan sebahagian petugasnya dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa.

Dalam pada itu, beribu-ribu penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas menunaikan solat Subuh.

Mereka berbuat demikian bagi menghalang peneroka haram Israel memasuki masjid berkenaan.

Ini kerana, pelampau Yahudi memutuskan untuk menyerbu ke dalam Masjid Al-Aqsa sempena ulang tahun Perang Enam Hari pada 1967, yang menyaksikan Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, menurut kalender Hebrew.

Pertubuhan pelampau Yahudi ini telah menyeru agar serbuan dijalankan ke atas masjid berkenaan pada Ahad dan Isnin.

Dalam pada itu, pergerakan Hamas menggesa penduduk Palestin di Baitulmaqdis supaya terus tabah dan menghalang peneroka haram daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

''Apa yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, ia merupakan bukti keganasan dan kekejaman Zionis.

''Pendudukan haram ini perlu membayar harga yang tinggi,'' kata jurucakap Hamas,'' Muhammad Hamadeh.

Dalam pada itu, penduduk Palestin menerusi twitter telah memuat naik serangan berkenaan dan menyiarkan berita terkini keadaan di sana.

Salah seorang adalah Dr. Belal Aldabbour. Menerusi twitternya, beliau memuatnaik kekecohan yang berlaku serta tindakan seorang peneroka haram Israel merempuh keretanya ke arah penduduk Palestin berhampiran Masjid Al-Aqsa.

Pada Jumaat lebih 200 penduduk Palestin cedera selepas Zionis menyerbu masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan menembak peluru getah ketika umat Islam sedang bersolat di masjid berkenaan.

Meskipun mendapat kecaman dunia namun ia tidak dipedulikan.

Menurut rekod, terdapat kira-kira 450,000 peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan dianggarkan kira-kira 2.8 juta penduduk Palestian mendiami wilayah itu.- Anadolu Agency

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran