web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekejaman Zionis Berterusan, Apa Dunia Lakukan?

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 2:57PM

Seorang wanita cedera selepas dipukul tentera Zionis ketika menentang pembinaan 540 rumah haram di Sheikh Jarrah. - Gambar dari Twitter Aya Isleem

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak berdekad lalu, penduduk Palestin telah merasai penderitaan dan kesengsaaran hidup di bawah rejim Zionis. Di bawah cengkaman Zionis, mereka ditindas dan hak dicabuli.

Seorang wartawan Palestin, Aya Isleem menerusi media sosial mendedahkan kekejaman berkenaan.

Meskipun dunia mengetahui apa yang dilakukan Zionis terhadap Palestin namun Aya tetap mahu mengkhabarkan kepada masyarakat antarabangsa, bagaimana penduduk Palestin dilayan dengan penuh kekejaman.

Menerusi ciapannya dalam Twitter, Aya mendedahkan gambar-gambar bagaimana kaum ibu dan gadis turut menjadi mangsa kerakusan dan keganasan Zionis di Bab al-Amoud serta Sheikh Jarrah ketika mereka bersolariditi menentang tindakan Israel membina penempatan haram di kawasan berkenaan.

Menurut rekod, terdapat kira-kira 450,000 peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan dianggarkan kira-kira 2.8 juta penduduk Palestian mendiami wilayah itu.

Wanita Palestin ini dikasari oleh tentera Zionis di Bab al-Amoud dan Sheikh Jarrah.
Wanita Palestin ini dikasari oleh tentera Zionis di Bab al-Amoud dan Sheikh Jarrah.

Aya turut memuatnaik bagaimana askar Israel dengan kejam mengasari seorang gadis Palestin di kejiranan Sheikh Jarrak.

Pada Jumaat, Masjid al-Aqsa bertukar menjadi medan pertempuran apabila jemaah Palestin yang sedang menunaikan solat dikejutkan dengan tindakan kejam zionis yang menyerbu masuk ke dalam masjid dan melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah.

Sekurang-kurangnya 200 orang termasuk kanak-kanak cedera dalam serangan yang berlaku pada malam ke-26, Ramadan.

Kawasan Masjid al-Aqsa dipenuhi penduduk Palestin untuk menunaikan solat. - Gambar Twitter Aya Isleem
Kawasan Masjid al-Aqsa dipenuhi penduduk Palestin untuk menunaikan solat. - Gambar Twitter Aya Isleem
Meskipun pada Jumaat, Zionis menyerbu masuk ke dalam Masjid al-Aqsa menyebabkan lebih 200 orang cedera, namun penduduk Palestin tidak gentar. - Gambar Twitter Aya Isleem
Meskipun pada Jumaat, Zionis menyerbu masuk ke dalam Masjid al-Aqsa menyebabkan lebih 200 orang cedera, namun penduduk Palestin tidak gentar. - Gambar Twitter Aya Isleem

Bagaimanapun serangan itu tidak mematahkan semangat penduduk Palestin.

Malam tadi, Masjid al-Aqsa dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat. 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad