web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Iran Gesa Mesyuarat Tergempar OIC Bincang Keganasan Zionis Di Masjid Al Aqsa

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 1:30PM

Sumber berita melaporkan tentera Zionis menyerbu Masjid al-Aqsa sekali lagi pada malam hari Rabu dan memukul jemaah Palestin, malah cuba mengusir rakyat Palestin dari masjid suci itu - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN - Iran menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar berikutan kekejaman rejim Zionis di Masjid Al Aqsa baru-baru ini.

Agensi berita republik Islam (IRNA) melaporkan perkara itu dibangkitkan oleh menteri luar Iran, Hossein Amirabdollahian semasa perbualan telefon bersama dengan Setiausaha Agung OIC Hussain Ibrahim Taha yang berada di Beijing pada malam hari Khamis.

Diplomat tertinggi Iran itu berkata mesyuarat tergempar itu adalah lebih baik diadakan di peringkat menteri luar, dan menambah Iran bersedia untuk hulurkan sebarang bentuk kerjasama yang perlu dalam menjayakan mesyuarat tergempar itu.

Amirabdollahian merujuk kepada perbincangan telefon Presiden Ebrahim Raisi baru-baru ini dengan rakan sejawatannya dari Indonesia mengenai perkara yang sama, memaklumkan setiausaha agung OIC mengenai program lain yang dirancang republik itu berhubung perkara berkenaan, menurut IRNA.

Ia berkata Taha juga telah memaklumkan kepada menteri luar bahawa Jawatankuasa Hal Ehwal Eksekutif OIC akan bersidang pada Ahad ini untuk mengkaji semula tindakan Israel yang menghina masjid suci itu baru-baru ini.

Sumber berita melaporkan tentera Zionis menyerbu Masjid al-Aqsa sekali lagi pada malam hari Rabu dan memukul jemaah Palestin, malah cuba mengusir rakyat Palestin dari masjid suci itu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan ramai rakyat Palestin cedera dalam serbuan itu, namun tentera Zionis tidak membenarkan kakitangan perubatan memasuki tapak suci itu.

Polis rejim Zionis turut mengumumkan mereka menangkap puluhan rakyat Palestin di Masjid al-Aqsa.

Beberapa sumber Palestin melaporkan lebih 200 jemaah cedera dan 400 yang lain ditangkap. - Bernama- IRNA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar