web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Al-Aqsa Diserang Ketika Umat Islam Sedang Solat Tarawih

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 10:13AM

Polis Israel menyerbu masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa ketika penduduk Palestin sedang menunaikan solat tarawih. Keganasan ini mendapat kecaman dunia. - Gambar dari Twitter Masjid Al-Aqsa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid al-Aqsa bertukar menjadi medan pertempuran apabila jemaah Palestin yang sedang menunaikan solat tarawih dikejutkan dengan tindakan kejam zionis yang menyerbu masuk ke dalam masjid dan melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah.

Media antarabangsa melaporkan seramai 170 jemaah termasuk kanak-kanak cedera dalam serangan yang berlaku pada malam ke-26, Ramadan.

Bagaimanapun Palang Merah Palestin melaporkan angka kecederaan akibat keganasan zionis itu adalah lebih tinggi iaitu seramai 205 orang.

Susulan angka cedera yang ramai, hospital di lapangan telah didirikan oleh Bulan Sabit Merah. Selain jemaah, beberapa wartawan juga dilaporkan menjadi sasaran.

Zionis juga telah memasuki bilik audio Masjid al-Aqsa sebelum memutuskan wayar pembesar suara hinggakan pengumuman dari Qibli Musallah tidak sampai ke bahagian lain di masjid berkenaan.

Menerusi ciapan di twitter Masjid al Aqsa, Israel turut menyerang dan menyerbu klinik di masjid berkenaan ketika doktor sedang merawat pesakit.

Dalam pada itu, pertempuran juga meletus antara zionis dengan penduduk Palestin yang cuba memasuki Al-Aqsa melalui salah satu pagar iaitu Bab Al-Silsila.

Dalam pada itu, Pengarang Berita Agensi Asia Barat Anadolu, Turgut Alp Boyraz dilaporkan mengalami kecederaan dalam serangan polis Israel ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa.

Turgut telah ditembak di bahagian kaki dengan peluru getah ketika membuat liputan serbuan berkenaan. Beliau telah menerima rawatan di kawasan tersebut.

Turut cedera ialah jurugambar Anadolu, Mostafa Alkharouf serta juruvideo agensi terbabit iaitu Fayiz Abu Rumeyle. Mereka terkena tembakan peluru getah dan dirawat di hospital. 

Sementara itu, beberapa negara Arab dan badan pertubuhan Islam pada Sabtu telah mengecam rancangan Israel untuk menghalau penduduk Palestin Timur Baitulmaqdis serta serangan ke atas umat Islam yang sedang solat tarawih di Masjid Al-Aqsa.

Negara berkenaan adalah Arab Saudi, Kuwait, Mesir dan Turki yang menyifatkan rancangan untuk mengusir penduduk Palestin di situ adalah mencabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Malah serangan ke atas Masjid Al-Aqsa juga telah menjejaskan peluang untuk meneruskan pelan damai. - Anadolu

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad