web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 27 Tahun, Bill Dan Melinda Gates Akhiri Perkahwinan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 8:25AM

Gambar fail yang dirakamkan pada 26 September 2018 ini menunjukkan Bill Gates dan Melinda Gates dalam satu majlis di New York. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jutawan dan pengasas Microsoft, Bill Gates mengumumkan berpisah dengan isterinya, Melinda French Gates, selepas 27 tahun berkahwin. Pengumuman itu dibuat menerusi kenyataan bersama di dalam Twitter.

Kedua-duanya bagaimanapun menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dalam program kebajikan melibatkan pendidikan, kesaksamaan gender dan penjagaan kesihatan dalam Bill and Melinda Gates Foundation.

''Sepanjang 27 tahun, kami telah membesarkan tiga anak yang luar biasa dan membangunkan yayasan yang berfungsi di seluruh dunia untuk membolehkan semua orang menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.

''Kami terus berkongsi kepercayaan dalam misi berkenaan dan akan terus bekerjasama di yayasan itu, namun kami tidak lagi percaya kami boleh hidup bersama sebagai pasangan dalam fasa kehidupan seterusnya.

''Kami memohon ruang dan privasi untuk keluarga kami ketika kami mula menjalani kehidupan baru ini,'' katanya.

Gates menerajui Microsoft sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada 1975 sehingga  2000. Pada 2008, beliau melepaskan peranannya di syarikat berkenaan untuk meluangkan lebih masa di dalam Bill and Melinda Gates Foundation yang dilancarkan pada tahun 2000.

Pada satu tahap, pasangan itu memutuskan untuk memindahkan $20 bilion saham Microsoft ke dalam yayasan terbabit ketika mereka berusaha untuk meningkatkan komitmen dalam usaha-usaha dermawan.

Hari ini, yayasan berkenaan memiliki lebih $51 bilion aset, menurut pemfailan cukai, sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu yayasan paling kaya di dunia.

Bill dan Melinda Gates, bertemu di Microsoft. Melinda merupakan pengurus besar dan mereka bertemu dalam satu majlis makan malam untuk pekerja Microsoft pada 1987.

''Beliau mengambil masa selama beberapa bulan sebelum mengajak saya keluar,'' kata Melinda Gates sebelum ini. Pasangan itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan pada 1994 di Hawaii.

“Dalam kes Melinda, ia adalah rakan kongsi yang benar-benar setara. Berada di dalam otak Bill. Dia seperti saya kerana dia optimistik dan berminat dengan sains,'' kata Bill menerusi satu dokumentari yang disiarkan dalam rancangan Netflix pada 2019.

Menurut Forbes, Bill merupakan individu keempat terkaya di dunia dan berada di belakang Jeff Bezos, Bernard Arnault serta Elon Musk.

Berita perpisahan ini dibuat selepas dua tahun Bezos dan isterinya, MacKenzie bercerai. - cnbc.com

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar