web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk China Lepas Geram, Berjuta-juta Kunjungi Pusat Pelancongan

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 8:18PM

Penduduk di Shanghai membanjiri jalan-jalan sekitar bandar tersebut sempena cuti Hari Pekerja, hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berjuta-juta penduduk China mengunjungi tempat-tempat pelancongan, restoran dan mengunjungi keluarga sempena cuti Hari Pekerja.

Negara yang memegang gelaran ekonomi kedua terbesar di dunia itu menjangkakan kira-kira 256 juta perjalanan akan melalui jalan raya, kereta api atau bot sepanjang cuti lima hari termasuk cuti hujung minggu, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, iaitu jumlah terakhir yang direkodkan pada 2019 sebelum coronavirus menyerang.

Beratus-ratus pelancong juga mengunjungi Tembok Besar di Badaling, sekitar 60 kilometer (37 batu) dari pusat bandar Beijing, dengan kebanyakannya tidak memakai pelitup muka.

Pada Jumaat pula, pengumpang membanjiri stesen kereta api hingga penuh sesak.

Meskipun ekonomi China telah bangkit daripada kelembapan akibat coronavirus pada tahun lepas, namun aktiviti pengguna telah ketinggalan dari proses pemulihan dalam industri pengeluaran.

Bagaimanapun jualan peruncitan telah meningkat, melonjak 34,2 peratus pada bulan Mac tahun ini, sekali gus menggambarkan peningkatan terhadap pengguna.

Bandar-bandar besar seperti Beijing, serta Shanghai dan Guangzhou, dijangka memperlihatkan permintaan yang lebih pesat pada cuti Hari Pekerja.

Pihak berkuasa bagaimanapun mengambil pendirian berhati-hati dan memberi amaran supaya tempat pelancongan melaksanakan sekatan terhadap jumlah pelancong selain menggunakan sistem tiket untuk mengawal aliran pelancong.

Ketika sebahagian besar pandemik coronavirus berada di bawah kawalan di China namun wabak yang muncul semula pada awal tahun ini telah mendorong pihak berkuasa mendesak pekerja migran untuk tinggal di rumah pada cuti Tahun Baru Cina lalu. - AFP

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar