web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Myanmar Adakan Mesyuarat Kabinet Pertama Selepas Rampasan Kuasa Tentera

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 5:20PM

Pengangkut berperisai dilihat di jalan Mandalay, Myanmar pada 3 Feb. Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kabinet baharu Myanmar bermesyuarat buat kali pertama pada Rabu selepas rampasan kuasa tentera, lapor Agensi Anadolu.

Menurut satu kenyataan unit maklumat tentera Myanmar, Mesyuarat Majlis Menteri diadakan di istana presiden bersama Panglima Angkatan Tentera dan Presiden Min Aung Hlaing, Timbalan Naib Presiden Myint Swe, dan sembilan anggota Kabinet yang dilantik menggantikan barisan menteri yang di singkirkan pada Selasa.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan pelan tindakan yang akan diambil ketika darurat. Myanmar mengisytiharkan darurat selama setahun.

Tentera Myanmar, dikenali Tatmadaw, mengisytiharkan darurat pada Isnin, beberapa jam selepas menahan pemimpin de facto dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi serta anggota kanan lain parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Isu lain yang turut di bincangkan termasuk pelanjutan perjalanan dan pelancongan domestik, pembukaan kembali kuil dan tempat beribadat, melanjutkan kegiatan sektor ekonomi sesuai dengan langkah-langkah COVID-19, merangsang kembali ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan, lapor Agensi Anadolu.

Menurut parti NLD Suu Kyi "dalam keadaan sihat" namun tiada maklumat mengenai lokasi beliau ditahan.

Selepas kudeta pada 1 Februari itu, 24 menteri dan timbalan di berhentikan pada Selasa dan 11 menteri baharu dilantik.

Penggulingan kuasa itu berlaku beberapa jam sebelum sesi pertama parlimen baharu negara itu bersidang selepas pilihan raya November yang menyaksikan parti NLD pimpinan Suu Kyi menang besar.

Tentera mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya, menyebabkan dominasi NLD di parlimen. – Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar