web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biden Umum Garis Panduan Pemakaian Pelitup Muka Di Khalayak Ramai

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 10:26AM

Joe Biden tidak memakai pelitup muka pada sidang media bagi memaklumkan mengenai garis panduan pemakaian pelitup muka bagi mereka yang telah divaksin di White House. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Rakyat Amerika Syarikat yang telah menerima vaksin COVID-19, tidak perlu lagi memakai pelitup muka ketika berada di luar, selagi tiada ramai orang, kata Presiden Joe Biden yang sebelum itu pertama kali berjalan sekitar White House tanpa memakai pelitup muka.

Biden dalam satu perutusan di televisyen berkata, `kemajuan yang menakjubkan' ini telah dicapai dalam pemberian vaksin dan cadangan pemakaian pelitup mula boleh dilonggarkan.

"'Inti patinya jelas, jika anda telah divaksinkan, anda boleh melakukan banyak perkara penting, lebih selamat, sama ada di dalam atau luar rumah.

"Kepada mereka yang belum mendapat vaksin lagi, terutama kepada golongan muda, atau jika anda berpendapat anda tidak memerlukannya, ini adalah satu alasan yang baik untuk mendapat vaksin. Sekarang. Sekarang,'' seru Biden.

Beliau berkata demikian selepas Pusat Kawasan Penyakit (CDC), iaitu agensi kesihatan kerajaan memaklumkan rakyat Amerika yang telah mendapat vaksin sepenuhnya, bebas daripada pemakaian pelitup muka pada kebanyakan masa di luar.

"Jika anda divaksin sepenuhnya, anda boleh melakukan perkara yang terpaksa anda hentikan disebabkan pandemik,'' kata CDC dalam satu kenyataan.

Pelitup muka masih diwajibkan kepada mereka yang telah mendapat vaksin jika berada di konsert, perarakan, atau acara sukan yang besar, malah ketika berada di luar, kata CDC.

Aktiviti dalaman juga masih berada di bawah cadangan pemakaian pelitup muka. Ini termasuk pawagam dan pusat beli belah yang tidak ramai orang serta muzium.

Lebih separuh daripada golongan dewasa di Amerika Syarikat telah menerima sekurang-kurangnya satu daripada dua dos vaksin. Jumlah mereka yang mencari vaksin mulai berkurang tetapi kes baru COVID-19 juga menurun.

Biden berkata, perubahan itu menandakan orang ramai dapat menikmati kehidupan ketika musim panas semakin hampir.

"Mulai hari ini, berkumpul dengan rakan-rakan di taman, berkelah, selagi anda mendapat vaksin dan berada di luar rumah, anda boleh melakukannya tanpa pelitup muka.

"Dengan melihat saya menanggalkannya dan tidak memakainya semula sehingga saya masuk ke dalam,'' katanya kepada wartawan ketika ditanya apakah mesej yang ingin disampaikan dengan pelitup muka yang dipakainya. - AFP

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad