web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Silakan Minum" Air Fukushima Yang Dirawat: Tegas China Pada Jepun

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 11:18AM

Penunjuk perasaan membantah rancangan kerajaan Jepun untuk melepaskan lebih berjuta-juta tan air buangan dari loji nuklear Fukushima ke laut, di luar pejabat Perdana Menteri di Tokyo, pada 13 April 2021. - Gambar AFPApril 13, 2021.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - China telah meminta Timbalan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso supaya minum air buangan yang dirawat di loji nuklear Fukushima Daiichi, selepas beliau menyatakan bahawa air itu selamat untuk diminum.

"Pegawai Jepun menyatakan adalah okay jika kita minum air ini, jadi tolong minum,'' kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian kepada wartawan, sambil menambah kejahilan Jepun terhadap ekologi alam sekitar sama sekali tidak boleh diterima.

Pada Selasa, kerajaan Jepun memutuskan untuk melepas air yang dirawat di loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut, satu keputusan besar yang dibuat selepas lebih tujuh tahun perbincangan dilakukan bagaimana untuk melepaskan air yang digunakan untuk menyejukkan bahan dalam loji itu.

Aso, bekas Perdana Menteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2021, pada satu sidang mendia menyatakan:

``Saya dengar ia tidak akan membahayakan jika kita minum air rawatan itu.

Menurut Zhao, penyakit Minamata Jepun berlaku tidak jauh dari situ dan kesakitan yang dialami oleh penduduk tempatan masih belum terubat,'' katanya yang merujuk kepada satu daripada empat penyakit utama yang berpunca akibat pencemaran di negara itu.

Penyakit Minamata, yang melumpuhkan sistem saraf manusia telah disebabkan oleh air mengandungi merkuri yang dibuang ke laut oleh kilang kimia Chisso Corp. di Jepun.

Penyakit itu menjejaskan beribu-ribu orang dan dikesan oleh pihak berkuasa tempatan pada 1956.

China, Korea Selatan dan Taiwan telah menyatakan bantahan terhadap keputusan Jepun itu, kerana air terawat itu akan menjejaskan marin, keselamatan makanan dan kesihatan manusia. - Kyodo News

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad