web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pintu Terkunci, Tangga Curam Dan Panik Punca Tragedi Stadium Kanjuruhan - Jokowi

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 11:00AM

Jokowi berkata tinjauannya di stadium pada Khamis mendapati tangga ke pintu keluar juga terlalu curam dan ditambah dengan penyokong yang panik. Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Tragedi 1 Oktober di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur dikenal pasti berpunca daripada pintu keluar terkunci, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata tinjauannya di stadium pada Khamis mendapati tangga ke pintu keluar juga terlalu curam dan ditambah dengan penyokong yang panik.

"Hal itu perlu dilihat secara terperinci oleh jawatankuasa khas bebas dan yang paling penting ialah keseluruhan bangunan stadium akan diaudit oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat (PUPR)," katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian itu juga diarah mengaudit dan memperbaiki semua stadium yang menjadi venue perlawanan dalam liga bola sepak sesuai dengan standard yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

FIFA menyatakan kesediaan untuk membantu menambah baik pengurusan stadium semasa perbualan telefon dengan Presiden Gianni Infantino pada Isnin, kata Jokowi.

Menurutnya, pentadbir, pengurusan stadium, penonton dan keselamatan memerlukan penilaian menyeluruh agar kejadian selepas perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya tidak berulang.

Beliau dan isteri Iriana Joko Widodo mengunjungi hospital di Malang untuk melawat mangsa dan memberikan pampasan 50 juta rupiah (sekitar RM15,000) kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Tragedi itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas, mencetuskan kemarahan penyokongnya yang memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan itu selepas perlawanan tamat.

Keadaan tegang memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ribuan penyokong berasak-asak untuk keluar stadium melalui beberapa pintu sehingga berlaku rempuhan.

Sementara itu, Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia menyerahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa khas bebas untuk menyiasat mengenai dakwaan beberapa anggotanya yang melakukan kekerasan semasa menyuraikan rusuhan.

Bagaimanapun, Ketua Staf Jeneral Dudung Abdurachman berkata kekerasan yang dilakukan kemungkinan bersebab dan ramai anggotanya turut membantu menyelamatkan penyokong.

Dalam video yang tular di media sosial, anggota tentera yang turut serta menjaga keselamatan di stadium bertindak kasar dengan menendang penyokong bola sepak hingga terjatuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar