web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Kesihatan Eropah Mengaitkan Vaksin AstraZeneca Dengan Pembekuan Darah

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:22PM

Seorang lelaki sedang menerima suntikan vaksin AstraZeneca di Bogota, Colombia pada 5 April. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROME - Seorang pegawai atasan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) berkata dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini ada hubung kait antara vaksin coronavirus AstraZeneca dan kesan sampingan pembekuan darah.

“Dalam pendapat saya, memang ada hubung kait yang jelas di antara kesan sampingan pembekuan darah dengan vaksin tersebut.

“Tetapi kita masih tidak tahu apa yang menyebabkan reaksi ini.

“Kita memang boleh menyatakan yang ada hubung kait, tetapi masih perlu memahami bagaimana perkara ini berlaku,” kata Ketua Vaksin EMA Marco Cavaleri memberitahu akhbar Itali Il Messaggero.

Laporan tentang kes pembekuan darah yang dialami oleh mereka yang menerima suntikan vaksin AstraZeneca telah menjejaskan keyakinan terhadap penawar tersebut.

Selepas beberapa negara telah menangguhkan penggunaan vaksin itu - termasuk Itali - pihak EMA telah mengumumkan yang manfaat melebihi risiko dan penggunaannya harus diteruskan.   

Tetapi ia mengatakan bahawa hubungan bersebab antara pembekuan darah dan vaksin itu adalah satu kemungkinan, dan akan memberikan penilaian terkini pada minggu ini.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan gambaran yang tepat mengenai apa yang sedang berlaku, untuk menentukan secara terperinci kesan sampingan yang disebabkan oleh vaksin ini,” kata Cavaleri.

Beliau menambah:

“Di antara golongan yang telah divaksin, terdapat lebih banyak kes pembekuan darah di bahagian otak ... di kalangan orang muda.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran