web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rancangan Untuk `Goyahkan' Jordan, Beberapa Orang Ditangkap

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 2:25PM

Dua penduduk Jordan ini membaca akhbar bagi mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di negara berkenaan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Menteri Luar merangkap Timbalan Perdana Menteri, Jordan Ayman Safadi pada Ahad berkata siasatan mendapati Putera Hamzah bin Hussein dan dua lagi pegawai telah  menghubungi agensi perisikan asing bertujuan menggugat keselamatan negara, lapor Sputnik.

Pada Sabtu, media Jordan melaporkan beberapa pegawai tinggi ditahan atas alasan keselamatan.

Dalam pesanan video, Hamzah bin Hussein, saudara tiri Raja Abdullah II, berkata beliau kini ditahan di rumah dan tidak dibenarkan berkomunikasi atau bertemu sesiapa pun. 

Tentera menafikan berita mengenai penahanan itu sebaliknya beliau hanya diminta untuk menghentikan "gerakan dan kegiatan yang bertujuan menyasarkan" keamanan dan kestabilan Jordan.

"Siasatan menyeluruh dan terperinci yang dijalankan Angkatan Tentera Jordan bersama Direktorat Perisikan Umum dan Direktorat Keselamatan Awam, mendapati pergerakan dan kegiatan Putera Mahkota Hamzah Bin Hussein, Hassan Bin Zeid dan Bassem Ibrahim Awadallah dan beberapa yang lain menyasarkan keselamatan dan kestabilan negara,” kata Safadi pada taklimat media di Amman.

Menteri luar berkenaan berkata kerabat diraja itu menghubungi perisik asing yang identitinya dirahsiakan dan dikatakan mahu menggulingkan Raja Abdullah I.

"Siasatan dapati ada campur tangan asing dan menunggu masa yang sesuai untuk lancarkan gerakan gugat keselamatan negara kita,” tambah Safadi. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar