web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


43 Pelajar Indonesia Duduki Peperiksaan MUET Di Lombok

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 9:57PM

Peperiksaan itu diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dari 3-6 Ogos oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Seramai 43 pelajar Indonesia menduduki peperiksaaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk mereka mendapatkan ’tiket’ melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.

Peperiksaan itu diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dari 3-6 Ogos oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Penasihat Pendidikan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Mohd Mubarak Shamsuddin berkata ia kali kedua dilaksanakan di Lombok setelah kali pertama pada Julai 2019, dengan yuran dua juta rupiah atau RM600.

"Harapan EMI dan MPM agar MUET terus mendapat sambutan di sini dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa ke wilayah lain mengikut permintaan," katanya.

MUET adalah serupa dengan peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) untuk universiti di Malaysia dan juga kebanyakkan universiti di Singapura.

Mohd Mubarak berkata Malaysia terus menjadi pilihan pelajar seluruh dunia termasuk Indonesia untuk melanjutkan pengajian tinggi.

"Ini terbukti dengan keberadaan 170,000 mahasiswa asing di Malaysia dari lebih 160 buah negara seluruh dunia termasuk 11,000 dari Indonesia," kata Mohd Mubarak. - Bernama

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran