web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Thailand Prayuth Sekali Lagi Terselamat Daripada Undi Tidak Percaya

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 9:08PM

Prayuth Chan o-cha - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dan 10 menteri kabinet lain terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen pada Sabtu.

Parti pembangkang memulakan perbahasan usul undi tidak percaya selama empat hari pada Selasa berhubung pelbagai isu, termasuk rasuah dan salah urus ekonomi.

Prayuth yang juga Menteri Pertahanan menerima 256 undi menyokong dan 206 menentang dengan sembilan berkecuali.

Pembangkang memerlukan lebih 239 daripada 477 undi parlimen untuk menggulingkan perdana menteri.

Seramai 10 menteri lain, termasuk Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan, Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul dan Jurin Laksanawisit (Menteri Perdagangan) turut terselamat dengan margin yang selesa.

Ini adalah undi tidak percaya ke empat terhadap Prayuth dan kerajaannya sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2019. Ia juga merupakan ujian besar terakhir Prayuth sebelum pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 11 bulan lagi. 

Sementara itu, Prayuth mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen atas sokongan mereka dan keputusan itu akan menjadi penguat semangat untuknya bekerja lebih keras demi rakyat dan negara. 

“Perbahasan itu sangat bermanfaat, kerana ia akan membantu meningkatkan prestasi kerajaan pada masa hadapan, apabila beliau berjanji akan mempertimbangkan untuk melaksanakan saranan pembangkang,” lapor Thai PBS memetik Prayuth.

Sementara itu, Prayuth menafikan spekulasi mengenai rombakan kabinet susulan undi tidak percaya hari ini.

Media tempatan melaporkan bahawa parti pemerintah Palang Pracharath Party (PPRP) dan Parti Demokrat mendesak perdana menteri melakukan rombakan Kabinet. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan