web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CVR Pesawat Sriwajaya Air Yang Terhempas 9 Jan Lepas, Ditemui

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 3:14PM

Perakam Suara Kokpit Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air diletakan di atas sebuah meja sebelum sidang media di pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta pada 31 Mac. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Satu lagi komponen kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Jan lepas iaitu “Cockpit Voice Recorder” (CVR) ditemui pihak berkuasa Indonesia pada Selasa.        

Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi dalam sidang media hari ini berkata CVR itu dijumpai di dasar laut di Pulau Laki (Laki Island), di kawasan perairan Kepulauan Seribu, lokasi pesawat itu terhempas.

Ia dijumpai tidak jauh daripada tempat sebuah lagi komponen kotak hitam iaitu “Flight Data Recorder (FDR)” yang ditemui pada 12 Januari lepas.

“Pasukan pencari daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) dan tentera Indonesia menemukan CVR pada pukul 8.05 malam tadi. Penemuan ini akan dapat melengkapkan lagi proses siasatan nahas berkenaan,” katanya dalam sidang media di Jakarta International Container Terminal (JICT) 2, di sini.            

Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air dari Jakarta ke Pontianak yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal itu terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dan menjunam ke laut.

Menurut Budi Karya, setakat ini pasukan pencari telah mengenal pasti 59 daripada 62 mangsa yang terkorban menerusi hasil ujian DNA, “antermortem” dan “postmortem”, pada cebisan mayat.

Punca nahas masih disiasat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad