web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Berusia 110 Kini Jadi Sensasi TikTok

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 12:06PM

Amy Hawkins

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Amy Hawkins tidak menyangka hanya dengan menyanyikan lagi It’s a Long Way to Tipperary pada majlis hari jadinya yang ke-110, dia kini menjadi sensasi apabila video nyanyian berkenaan yang dimuatnaik dalam TikTok telah menjadi viral dan mendapat tontonan lebih 100,000 orang.

Video dia menyanyi dan menari itu telah dirakamkan oleh cicitnya, Sacha Freeman yang berusia 14 tahun.

Manakala lagu It’s a Long Way to Tipperary adalah lagu yang popular ketika Perang Dunia Pertama. 

Hawkins pernah menjadi penghibur dan mengelilingi United Kingdom pada usia remajanya namun minatnya itu terhenti selepas mendapat tentangan dari ibunya.

``Saya rasa ia sesuatu yang menarik. Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat,'' ' kata Hawkins yang menghadapi masalah pendengaran.

Warga emas itu menyambut hari jadi pada Ahad lalu dan sambutan majlis berkenaan dikelilingi oleh seluruh anggota keluarganya. Dia dilahirkan dengan nama Amy Evans di Cardiff pada 24 Januari 1911, namun menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanak di Newport.

Dia mempunyai lima adik beradik dan adik perempuannya kini berusia 101.

Dalam temubual dengan South Wales Argus sempena sambutan ulang tahunnya itu, Hawkins ditanya sama ada ia adalah kebetulan kerana dia dan adiknya berusia melebihi 100 tahun. Hawkins bergurau sambil berkata:

``Kami tidak pernah jumpa doktor''. - Guardian

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar