web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Musim Terbesar Ibadah Haji 1443H Pasca Pandemik Bermula Secara Rasmi

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 5:05PM

Musim ibadah haji tahun 1443 Hijrah telah bermula secara rasmi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19 - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Musim ibadah haji tahun 1443 Hijrah telah bermula secara rasmi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19, menyaksikan ratusan ribu jemaah haji mula melakukan 'Tawaf Qudum' mengelilingi Kaabah sebelum ke Mina.

Segala persiapan telah dijalankan pelbagai pihak untuk menyambut ketibaan jemaah haji di Mina sejak semalam mengikut sistem operasi keselamatan yang ditetapkan Arab Saudi demi memberi perkhidmatan terbaik bagi tetamu Allah SWT.

Menurut laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Kementerian Haji dan Umrah telah membuat perancangan operasi bagi musim haji tahun ini sejak tahun lalu dan bekerjasama dengan pelbagai sektor dalam menyediakan perkhidmatan bagi jemaah, antaranya meletakkan pelan lalu lintas dan kekerapan pengangkutan.

Kementerian itu juga menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada jemaah haji melalui empat hospital dan 26 pusat kesihatan di Mina, antaranya hospital kecemasan berkapasiti 190 katil, Hospital Mina Al Jaser sebanyak 150 katil, Hospital Mina Al-Wadi (160 katil), dan Hospital Mina New Street (50 katil), dan juga perkhidmatan pengangkutan ambulan sebanyak 100 buah ambulan kecil dan 75 buah ambulan besar.

Sektor kesihatan juga membantu 97 pusat ambulanl milik Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi dengan menyediakan 320 buah ambulan, enam ambulan udara, sembilan motosikal, dan empat kereta golf , termasuk empat kenderaan membawa bekalan perubatan dan 16 kenderaan kecemasan yang akan dikendalikan oleh 1288 kakitangan perubatan.

Pada masa sama, Kepimpinan Pasukan Keselamatan Haji mengumumkan kesediaan mereka dalam menjamin keselamatan jemaah haji tahun ini, agar dapat menunaikan ibadah haji dalam keadaan selamat,selesa dan aman.

Di sepanjang laluan ke Mina, Syarikat Air Negara Saudi turut menyediakan stor penyimpanan operasi dan strategik untuk mengepam 2.4 juta meter padu air melalui rangkaiannya, manakala Syarikat Elektrik Saudi mengukuhkan perkhidmatannya di Mekah dan Masyair dengan melaksanakan 46 projek baharu.

Persatuan Pengakap Arab Saudi juga menempatkan seramai 2,200 pengakap untuk membantu jemaah haji di kawasan Mina, melalui program perkhidmatan pengakap di kem Mina Al Jabal, Mina Mash'ar, Mina Al Wadi, Mina Al Jadeed, dan Al Jamrat.

Musim haji tahun ini melibatkan sejuta jemaah jauh lebih besar berbanding dua musim sebelum ini iaitu pada 2020 dan 2021.

Sehingga 2019, kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia telah melaksanakan ibadah haji namun, wabak COVID-19 telah memaksa pihak berkuasa Saudi untuk mengurangkan jumlah jemaah haji, iaitu sebanyak 60,000 rakyat dan penduduk di Arab Saudi pada 2021, berbanding beberapa ribu sahaja pada  2020.

Para jemaah haji akan mula bergerak ke Mina pada Khamis, kira-kira lima kilometer dari Masjidil Haram, sehari sebelum ibadah wukuf di Arafah.

Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini telah mengehadkan ibadah haji itu tahun ini kepada umat Islam di bawah umur 65 tahun dan telah divaksinasi, selain memenuhi syarat-syarat kesihatan yang ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar